Catatan Forum – Ayuh Solat!

Bismillahi walhamdulillah.

25 Julai: Saya bawa semua anak lelaki (kecuali Yasir) solat maghrib di Masjid Jamik An-Nur Rembau , untuk menghadiri  forum sempena pelancaran kempen Ayuh Solat! sebagai iktibar dari peristiwa israk dan mikraj, anjuran ISMA dengan kerjasama pengurusan masjid. Ahli panelnya ialah Us. Zamani Ibrahim dan isterinya Ust. Nik Norsaha. Saya kongsikan beberapa catatan forum tersebut;

  1. Solat amat istimewa kerana pensyariatannya diambil sendiri oleh nabi SAW dari Allah di sidratul muntaha.
  2. Tiada keuzuran untuk meninggalkan solat selagi akal seorang itu masih berfungsi.
  3. Kehebatan seorang lelaki diukur dengan melazimi masjid untuk solat berjamaah.
  4. Sheikh Izzuddin Abdus Salam menangis apabila hanya mampu solat sunat 150 rakaat semalam.
  5. Suami isteri dan anak beranak perlu saling mengingatkan tentang solat, sebagai aplikasi kepada hadis ad-dinu an-nasihat– agama itu adalah nasihat.
  6. Musuh Islam menjadikan solat sebagai kayu ukur untuk menentukan kekuatan umat Islam.
  7. Pastikan anak-anak tidak berada di luar rumah waktu senja kerana di saat itu syaitan berkeliaran. (Mafhum hadis sahih)
  8. Ada seorang sahabat mengadu kepada nabi tentang jirannya yang suka mencuri. Maka nabi nasihatkan supaya jiran itu membaiki solatnya.
  9. Solat yang ada ruh mencegah pelakunya dari perbuatan keji dan mungkar. Solat yang ada ruh ialah solat yang dilakukan secara berjamaah di masjid.
  10. Untuk memastikan anak-anak suka solat, didik mereka sejak dari kecil lagi. Ibu bapa perlu menjadi contoh teladan yang baik. Mungkin susah, tetapi itulah tugas kita.
  11. Berdoalah: Ya Allah jadikanlah aku orang yang mendirikan solat, begitu juga dengan zuriat aku. Ya Allah perkenankanlah doaku.
  12. Kembalilah kepada modul rabbani iaitu solat, dalam menangani masalah yang menimpa umat Islam sekarang.

Saya lihat Wafi dan Faiz dah terlentok – tidur! Biasa la, budak-budak. Mana dia orang tahan duduk dalam majlis ilmu macam ni. Tapi sekurang-kurangnya saya telah menjinakkan mereka dengan solat berjamaah di masjid. Dalam perjalanan pulang, saya ambil peluang untuk bersembang dengan Asyraf anak sulung saya, menegaskan beberapa perkara yang disentuh dalam forum dan kaitkan dengan kehidupan kami sekeluarga. Moga Allah jadikan kami sekeluarga orang-orang  yang mendirikan solat… Amin.

Wallahu a’lam.

Rujuk laporan ISMA Seremban

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: