ISO Dalam Ibadah


Bismillahi walhamdulillah.

Semasa bertugas di Jabatan Pelajaran Selangor (JPS: 2002-2008), saya adalah salah seorang Juru Audit Dalam untuk pelaksanaan MS ISO di JPS. Terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi di bawah pimpinan Dato’ Yusoff, kerana memberi penghormatan ini sehingga saya dapat menimba ilmu dan pengalaman. Pelbagai pahit manis ditempuh untuk membawa perubahan dalam organisasi ke arah perkhidmatan yang berkualiti. Hasilnya, JPS merupakan jabatan pelajaran yang pertama  mendapat pengiktirafan ISO dalam semua skop perkhidmatannya. Teruskan membaca

Advertisements

Khatam Al-Quran Perdana


Bismillahi walhamdulillah..

Dalam bulan Ramadhan ni banyak surau, masjid dan sekolah (termasuk pejabat) yang buat majlis tadarus dan khatam al-Quran. Perkara baik perlu disokong. Hanya syaitan dan konco-konconya saja yang bencikan kebaikan. Prinsip saya, jika kita tak mampu buat kebaikan, jangan halang orang lain buat kebaikan. Memang itupun ajaran nabi kita SAW. Teruskan membaca

Iklan: Kem Ramadhan BADAR


BADAR: Bangkitkan Amal Di Akhir Ramadhan (Untuk Remaja 13-17 tahun)

Muhasabah Sempena Ramadhan


Bismillahi walhamdulillah…

Dah lebih sepuluh hari kita berpuasa. Mungkin ramai yang dah boleh menyesuaikan diri dengan Ramadhan. Sudah boleh mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri atau dengan kata lain, dah tahu pantang larangnya. Khususnya dalam bulan Ramadhan. Kalau tahu kita tak boleh minum ais, nanti tak larat nak tarawih, jangan minum. Kalau tahu tak boleh makan pedas, nanti gastrik, jangan makan, dsb.

Bersyukurlah

Bersyukurlah kerana kita diizinkan Allah untuk menyempurnakan ibadat dengan jaya. Teruskan membaca

Ramadhan: Banyakkanlah Berdoa


Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186

Maksudnya; Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.

Sedia  maklum, bahawa kita boleh berdoa kepada Allah pada bila-bila masa. Teruskan membaca

Jangan curang!


Firman Allah Taala dalam surah Al-Mutaffifin;

1.  Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), 2.  (yaitu) orang-orang yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, 3.  Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Biasanya kita akan mengaitkan kecurangan ini dilakukan oleh para peniaga yang terlibat secara langsung dengan ukuran, sukatan dan timbangan. Teruskan membaca

Ramadhan: Inilah masanya untuk berubah


Bismillahi walhamdulillah…

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لأصحابه : أتاكم رمضان أوله رحمة  , وآخره عتق من النار , يغشاكم الله فيه ,  فينزل الرحمة , ويحط الخطايا , ويستجيب الدعاء , وينتظر فيه إلى تنافسكم في الخير , ويباهي بكم ملائكته , فأروا الله من أنفسكم خيرا , فإن الشقي من حرم فيه رحمة الله

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan; awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka. Allah akan menaungi kamu di bulan ini, menurunkan rahmah, menghapus dosa-dosa, memperkenan (segala) permintaan, melihat-lihat perlumbaan kamu kepada kebaikan (untuk) disebut-sebut dengan bangga perilaku kamu itu kepada para Malaikatnya. Justeru itu perlihatkanlah kepada Allah daripada diri kamu itu kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka itu adalah mereka yang diharamkan ke atasnya rahmat Allah Azza Wa Jalla.”

Memang banyak perubahan positif yang telah dan akan kita lihat pada bulan Ramadhan. Teruskan membaca

%d bloggers like this: