Ramadhan: Inilah masanya untuk berubah

Bismillahi walhamdulillah…

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لأصحابه : أتاكم رمضان أوله رحمة  , وآخره عتق من النار , يغشاكم الله فيه ,  فينزل الرحمة , ويحط الخطايا , ويستجيب الدعاء , وينتظر فيه إلى تنافسكم في الخير , ويباهي بكم ملائكته , فأروا الله من أنفسكم خيرا , فإن الشقي من حرم فيه رحمة الله

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan; awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka. Allah akan menaungi kamu di bulan ini, menurunkan rahmah, menghapus dosa-dosa, memperkenan (segala) permintaan, melihat-lihat perlumbaan kamu kepada kebaikan (untuk) disebut-sebut dengan bangga perilaku kamu itu kepada para Malaikatnya. Justeru itu perlihatkanlah kepada Allah daripada diri kamu itu kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka itu adalah mereka yang diharamkan ke atasnya rahmat Allah Azza Wa Jalla.”

Memang banyak perubahan positif yang telah dan akan kita lihat pada bulan Ramadhan. Surau dan masjid dipenuhi dengan jamaah untuk solat lima waktu dan tarawih. Orang yang jarang ke surau akan ke surau atau ‘dah jumpa jalan ke surau’. Ramai yang bermurah hati untuk menderma atau bersedekah kepada yang memerlukan atau bertukar juadah sesama jiran bagi mengeratkan hubungan. Perempuan yang tidak bertudung akan memakai tudung untuk menutup aurat. Quran yang jarang dibaca – mungkin dah berhabuk – kembali ditatap sepanjang ramadhan. Orang yang merokok akan mengurangkan rokok yang dihisapnya. Dan macam-macam perubahan positif yang lain, Alhamdulillah…

Adakah mereka ini berpura-pura warak dan alim semasa ramadhan sahaja? Adakah pintu hati mereka tertutup pada bulan-bulan lain? Adakah mereka ini dalam kategori orang yang ibadatnya bermusim? Wallahu a’lam… Tapi apa yang pasti dalam hadis tadi memang nabi suruh kita berlumba-lumba buat kebaikan dalam bulan ramadhan. Inilah masanya untuk berubah. Perlihatkanlah kepada Allah daripada diri kamu itu kebaikan Tunjukkan kebaikan yang ada dalam diri untuk dinilai oleh Allah, bukan manusia. Pasti ada, takkan tiada langsung!

Mohon bantuan Allah

Justeru, orang yang jarang ke surau atau masjid, boleh menjadikan ramadhan sebagai titik tolak untuk berubah. Kerana memang jadi kebiasaan orang akan beramai-ramai ke surau untuk solat tarawih, tidak pelik. Perempuan yang tidak menutup aurat boleh menjadikan ramadhan sebagai titik perubahan untuk dia mula menutup aurat. Orang yang merokok boleh berhenti merokok di siang hari. Kemudian, teruskanlah perubahan tadi selepas ramadhan… Berbekalkan azam untuk berubah dan berdoa mohon bantuan dari Allah.

Doakan mereka

Kita janganlah mudah menghukum atau memerli orang yang berubah pada bulan ramadhan ini. Apatah lagi jika kata-kata tersebut sampai kepada mereka sebagai mesej yang negatif. Memang patutlah selepas ramadhan mereka akan kembali kepada asal, kerana tidak mendapat dorongan ‘orang yang baik-baik’. Sebaliknya, doakanlah agar mereka berubah dan kekal dengan perubahan tersebut. Dampingi mereka dan beri sokongan agar mereka istiqamah. Kerana istiqamahnya mereka akan menambah kekuatan sedia ada umat Islam.

Wallahu a’lam.

3 Respons

  1. Assalamualaikum, sekadar hendak bertanya status hadis dalam artikel ustaz. Berdasar keratan artikel tersebut
    “Bulan ramadan itu permulannya bulan rahmat, pertengahannya bulan maghrifah (ampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka”
    Hadis ini berstatus hadis mungkar. Diriwayatkan oleh Al U’qaili dalam Adh Dhu’afa (172), Ibnu Adi (1/165), Al Khatib dalam Al Muwadhadhih (2/77), Ad Dailami (1/1/10-11), Ibnu ‘Asakir (8/506/1), dari jalan Sallam Bin Siwar dari Maslamah b Ash Shalt dari Az Zuhri dari Abu SAlamah dari Abu Hurairah secara marfu’.

    • Wa alaikumussalam warahmatullah.
      Hadis mungkar ialah hadis yang dalam sanadnya ada rawi yang teruk kesalahannya, banyak kelalaiannya atau jelas kefasikannya. Ada yang menambah sebagai hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang dhaif bersalahan dengan apa yang diriwayatkan oleh rawi yang thiqah. Jelas dari kedua-dua definisi ini, hadis mungkar adalah dari kategori yang sangat dhaif. Sedia maklum, hadis dhaif boleh diamalkan dalam bab fadhail a’mal. Wallahu a’lam.

  2. Reblogged this on Catatan Kehidupan and commented:

    Tazkirah…
    Peringatan yang berterusan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: