Jangan curang!

Firman Allah Taala dalam surah Al-Mutaffifin;

1.  Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), 2.  (yaitu) orang-orang yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, 3.  Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Biasanya kita akan mengaitkan kecurangan ini dilakukan oleh para peniaga yang terlibat secara langsung dengan ukuran, sukatan dan timbangan. Mudah sahaja kita melabel sebagai penipu kepada peniaga yang menipu timbangan atau menjual barangan yang sudah rosak atau mengembalikan baki yang tidak cukup dsb.

Bagaimana pula dengan orang yang makan gaji (seperti saya). Adakah mereka tidak terlibat atau tersentuh dengan ayat ini?

Andaikata orang yang berniaga menjadikan sukatan dan timbangan sebagai medium untuk mendapat keuntungan sebagai sumber rezeki, maka orang yang makan gaji juga disukat dan diukur kualiti kerja dan masa berkhidmat mereka sebagai sumber rezeki! Justeru, jangan abaikan kualiti kerja dan jangan ‘mencuri masa kerja’. Boleh juga – sebagai bonus-   jangan terlalu berkira. Nabi pernah bersabda, mudah-mudahan Allah merahmati orang yang berlebih kurang ketika menjual dan berlebih kurang ketika membeli.

Wallahu a’lam. Ya Allah! Berkatilah segala rezeki kami…!

2 Respons

  1. slm ustaz,
    saya mungkin akan selalu jenguk ke sini dan memanjangkan mana2 n3 uztaz yg saya fikirkan sesuai di blog saya.
    t kasih

    • Salam Piewahid. Syukran… kalau ada salah silap tu maklumkan saya untuk pembetulan. Kita saling tampung menampung, insya Allah. Nampaknya kita sebaya. Kalau dah lengkap profile dalam blogspot tu, dapatlah saya kenali lebih mendalam. Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: