Muhasabah Sempena Ramadhan

Bismillahi walhamdulillah…

Dah lebih sepuluh hari kita berpuasa. Mungkin ramai yang dah boleh menyesuaikan diri dengan Ramadhan. Sudah boleh mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri atau dengan kata lain, dah tahu pantang larangnya. Khususnya dalam bulan Ramadhan. Kalau tahu kita tak boleh minum ais, nanti tak larat nak tarawih, jangan minum. Kalau tahu tak boleh makan pedas, nanti gastrik, jangan makan, dsb.

Bersyukurlah

Bersyukurlah kerana kita diizinkan Allah untuk menyempurnakan ibadat dengan jaya. Syukuri nikmat dapat berpuasa, nikmat dapat berbuka dengan sempurna, nikmat dapat bertarawih, nikmat dapat membaca dan bertadarus al-Quran dsb… Kerana janji Allah; jika kamu syukuri, nescaya aku tambahi… Berapa ramai orang yang lebih kuat dan sihat berbanding kita, lebih kaya dan berkereta mewah- tapi mereka tidak ‘berkesempatan’ untuk itu semua.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Ibrahim:7)

Bukankah dapat beribadah itu satu nikmat?

Bersahur dan berbuka

Puasa adalah ibadat dan setiap ibadat perlu dilakukan ikut cara yang nabi SAW ajar. Bukan ikut suka hati kita atau ikut tradisi yang diwarisi.

Sebagai contoh, bersahur. Perhatikan hadis-hadis berikut: bersahurlah kerana pada sahur itu ada barakah; pembeza puasa kita dengan puasa ahli kitab ialah sahur; dan sentiasalah umatku dalam kebaikan selagi mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka.

Mungkin bila dah masuk minggu kedua, ramai yang rasa boleh tahan, maka tak nak bangun sahur! Inilah yang membezakan kesempurnaan puasa seseorang. Janganlah diperli orang yang bersahur itu sebagai ‘tidak larat’. Sebagaimana jangan juga berkata kepada orang yang segera berbuka itu sebagai ‘dah lapar sangat’! Dalam bab bersahur dan berbuka, orang yang kuat dan lemah adalah sama sahaja- siapa buat ikut sunnah, dialah yang dapat pahala.

Menyentuh tentang berbuka pula, jika hari-hari yang lepas menyaksikan makanan banyak berbaki dan dibuang, maka insaflah. Kerana pembaziran makanan tidak sepatutnya berlaku dalam Ramadhan yang sinonim dengan tidak makan atau minum.

Ambil peluang semasa sahur

Apabila bangun sahur, ambillah kesempatan untuk bermunajat dan beristighfar kepada Allah, kerana itu antara saat yang mustajab. Dalam mensifatkan hamba-hambanya, Allah berfirman;… dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (Ali Imran:17)

Juga ciri orang bertaqwa, … dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (Az-zariyat:18)

Kekalkan amalan sedia ada…

Semua orang tahu, pahala amalan pada bulan Ramadhan dilipat gandakan. Maka kekalkan amalan sedia ada, buat yang tambahan. Bukannya kurangkan yang sedia ada, tambah dengan yang lain. Wallahu a’lam, sama ada kita perasan atau tidak. Ada imam yang memendekkan wirid selepas maghrib, mungkin meraikan makmum untuk makan ‘second round’. Juga, ada imam yang memendekkan wirid selepas isyak, mungkin supaya makmum tak tertunggu-tunggu untuk solat tarawih.

Semoga Allah bantu kita menghampirkan diri kepadanya. Amin…

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: