Khatam Al-Quran Perdana

Bismillahi walhamdulillah..

Dalam bulan Ramadhan ni banyak surau, masjid dan sekolah (termasuk pejabat) yang buat majlis tadarus dan khatam al-Quran. Perkara baik perlu disokong. Hanya syaitan dan konco-konconya saja yang bencikan kebaikan. Prinsip saya, jika kita tak mampu buat kebaikan, jangan halang orang lain buat kebaikan. Memang itupun ajaran nabi kita SAW.

Cuma, alangkah baik jika tadarus itu dibuat dengan lebih sempurna. Tujuan bertadarus ialah untuk menyemak bacaan, kalau-kalau ada yang salah, maka ada yang membetulkannya. Bukannya untuk cepat habis atau menunjukkan kehebatan membaca. Penjelasan perlu diberi sebelum tadarus bermula, agar peserta benar-benar faham apa yang perlu dan akan mereka lalui. Tadarus adalah ibadah, bukan sekadar tradisi.

Saya perhatikan, peserta tadarus tidak dibimbing, lantas yang salah bacaannya dibiarkan sahaja (Baik di surau, TV mahupun radio – saya dengar sendiri). Bila habis gilirannya membaca, terus balik. Apabila sampai kepada ayat-ayat yang disunatkan sujud, mereka tidak sujud tilawah. Bila ditanya, kenapa tak sujud? Jawab mereka, ustaz kata tak payah. Cukup dengan baca tasbih sahaja. Saya bimbang, kalau ustaz tu baca seorang diri, diapun tak buat sujud tilawah! Tidak kurang juga yang datang tadarus sekali dua, lepas tu tak datang. Merajuk, asyik kena tegur aje! Sebab itu perlu kembali kepada peranan tadarus dan kewajipan setiap peserta.

Khatam Al-Quran

Ada yang membahagikan tadarus ikut juzuk. Contohnya, jika ada lima kumpulan, maka setiap kumpulan akan baca enam juzuk. Cukup tempoh mereka akan khatam dan buat majlis. Pada saya, itu bukan khatam Quran, tapi khatam seperlima Quran (ada ke istilah macam tu?).  Atau, kumpulkan tiga puluh orang. Setiap orang baca satu juzuk.

Munasabahkah murid-murid sekolah rendah boleh khatam quran dalam tempoh satu jam? Rujuklah muka depan Mingguan Malaysia 22 Ogos (hari ini). Wallahu a’lam, mungkin kerana mengejar Malaysia Book of Records. Kalau anda ada maklumat dari mana asal usulnya khatam macam ini boleh kongsi bersama.

SERAMAI 15,033 orang pelajar seluruh negeri Melaka mencatatkan rekod di dalam Malaysia Guiness Book Of Records pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri di Dewan Pusat Dagangan Dunia Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka, 21 Ogos. - Utusan/GAIE UCHEL

Mungkin kaedah digunakan ialah; Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Juga, sebagai pendedahan kepada khatam al-Quran. Serta, membiasakan anak-anak  murid dengan aktiviti keagamaan. Semua itu tujuan yang baik. Diharapkan apabila mereka membesar nanti, akan khatam tiga puluh juzuk, insya Allah. Kemudian, jangan berpada dengan sekali khatam sahaja, kemudian tinggal Al-Quran. Dengan alasan, aku dah khatam!

Kalau ditanya apakah penyelesaiannya. Saya ada dua cadangan. Pertama, lakukan tadarus bermula sebelum Ramadhan lagi (siapa kata tak boleh?). ‘Set’kan supaya boleh khatam dalam Ramadhan, lepas tu buatlah majlis. Baru ori. Kedua, bentuk dua tiga kumpulan yang memang tadarus dari awal hingga akhir, tiga puluh juzuk. Kemudian adakan majlis khatam dengan dihadiri oleh rakan-rakan lain yang tidak khatam. Barulah nampak ada pembetulan dan penambahbaikan.

A’la kulli hal… mereka lebih baik dari orang yang langsung tak baca al-Quran, bertadarus atau hadir majlis khatam. Betul tak?

Wallahu a’lam.

2 Respons

  1. ika kita tak mampu buat kebaikan, jangan halang orang lain buat kebaikan.

    betul kata ustaz, tp ada juga org buat kebaikan bercampur dgn keburukan atau perkara tak betul atau perkara yg tidak berdsarkan sunnah nabi,

  2. Syukran atas respon. Boleh bagi contoh untuk kita kongsikan dengan pembaca lain. Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: