Ramadhan Kali Ini


Bismillahi walhamdulillah…

Bukti syukurku… Moga diterima Ilahi…

Ramadhan kali ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah, syukur dan puji kepada Allah. Atas limpah kurnianya dapat saya nikmati ibadah sepanjang Ramadhan yang lebih sempurna berbanding tujuh tahun sebelum ini. Iaitu tahun-tahun di mana saya berkhidmat di JPS dan KPM. Bekerja mengikut waktu pejabat, selalu out station dan aktiviti hujung minggu. Jauh beza dengan di sekolah; waktu petang boleh berehat sebagai persiapan untuk tarawih dan qiyamullail. Teruskan membaca

Malam Raya


Bismillahi walhamdulillah…

Hadirin sedang bertakbir

Tahun ini giliran kami berhari raya di Kampung Jalan Kebun, Klang. Setakat ini tiada masalah dengan penggiliran. Sepatutnya tidak patut timbul perselisihan antara suami isteri dalam bab giliran berhari raya. Lebih menyedihkan, dengar khabarnya ada yang bercerai berai! Teruskan membaca

Salam Aidilfitri


Sempena menyambut aidil fitri yang bakal menjelang, saya dan keluarga mengucapkan “Taqabbalallahu minna wa minkum” – Mudah-mudahan Allah terima amalan kita sepanjang ramadhan. Andai kata ada salah dan silap atau yang tersinggung lantaran bahasa yang kasar, saya mohon ampun dan maaf. Bagiyang tinggal berdekatan Seremban, jemputlah datang ke rumah. Moga kita sentiasa dalam peliharaan Allah. Sehingga bertemu lagi, wassalamu alaikum.

Bergembiralah, wahai orang yang berpuasa!


Bismillahi walhamdullillah…

Dalam sebuah hadis, nabi SAW ada bersabda yang maksudnya; Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan. Gembira ketika berbuka dan gembira ketika bertemu tuhannya.” Ada yang menafsirkan berbuka itu adalah ketika menyambut hari raya.

Layakkah kita untuk bergembira.

Ya, kita memang layak untuk bergembira dan kegembiraan itu kita zahirkan dengan membesar dan mengagungkan Allah Taala dengan takbir dan tahmid pada eidul fitri kelak. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil hamd… Bezanya kita di Malaysia melaungkan takbir dengan nada sedih. Mungkin sedih kerana berpisah dengan Ramadhan. Tinggi maqam tu! Kalau di Mesir, mereka lafazkan takbir dengan bersemangat, mungkin kerana mereka lebih faham erti takbir dan tahmid -membesarkan Allah, dan memujinya kerana dengan izinnya kita berjaya menyempurnakan ibadah sepanjang Ramadhan. Teruskan membaca

Pasang Surut Dalam Ramadhan


Bismillahi walhamdulillah…

Biasanya saf tarawih di surau atau masjid akan berkurangan apabila masuk minggu ketiga Ramadhan. Tidak sehebat pada minggu-minggu pertama dan kedua! Ada kemungkinan balik kampung, shopping raya dsb. Peliknya bila kita balik kampung, masalah yang sama berlaku. Tidaklah masjid dipenuhi oleh orang bandar yang balik kampung! Selain dari ‘masalah dalaman’ catatan di bawah boleh menjadi salah satu dari kemungkinannya. Teruskan membaca

%d bloggers like this: