Pasang Surut Dalam Ramadhan

Bismillahi walhamdulillah…

Biasanya saf tarawih di surau atau masjid akan berkurangan apabila masuk minggu ketiga Ramadhan. Tidak sehebat pada minggu-minggu pertama dan kedua! Ada kemungkinan balik kampung, shopping raya dsb. Peliknya bila kita balik kampung, masalah yang sama berlaku. Tidaklah masjid dipenuhi oleh orang bandar yang balik kampung! Selain dari ‘masalah dalaman’ catatan di bawah boleh menjadi salah satu dari kemungkinannya. Mungkin;

  1. Suasana masjid yang kurang kondusif, maka makmum beralih lokasi. Panas, bising, sound tak clear sb. Sebab tu pengurusan masjid (lebih-lebih lagi yang banyak duit tu), jangan lokek untuk kembalikan pelaburan jamaah masjid kepada mereka dalam bentuk air-cond., kipas, sound system, water cooler dsb. Jangan jadikan ‘sabar dan redha’ makmum sebagai umpan untuk memancing jamaah kekal di satu-satu masjid. Mereka berhak mencari dan memilih tempat yang kondusif agar lebih selesa dan khusyuk. Mereka berhak untuk memilih kerana di akhir nanti, mereka sendiri yang akan dipersoalkan!
  2. Imam kurang berjaya menarik perhatian makmum. Perkara ini relatif, tak sama antara makmum. Ada makmum sukakan bacaan dan persembahan Imam A, ada yang sukakan Imam B dsb. Ada makmum suka kalau imam baca ayat dari surah yang panjang. Ada makmum yang tak kisah. Sebab tu banyak masjid upah imam hafiz untuk menghiburkan jamaah mereka. Tujuan mereka agar ada kelainan dan menarik perhatian makmum.
  3. Pengurusan masjid kurang mesra pelanggan. Tahunya datang awal dan duduk di saf depan sambil berwirid untuk tunggu masuk waktu. Kalau boleh, biar makmum yang sapa dan tanya khabar AJK. Lepas tu kalau ada kanak-kanak yang bising, ditengking dan dihalaunya. Siap bagi warning kat mak bapak lagi! Ada makmum yang bila dibelai, disapa dan ditanya khabar beritanya, akan rasa seronok dan kekallah dia dengan masjid tu. Sebab AJKnya pandai ambil hati. Ada makmum yang sensitif, bila anak kena tegur, dia akan faham sebagai ‘pukul anak sindir menantu’. Lantas berkecil hati dan tak datang lagi. Mungkin boleh ditambah, bukan terbatas kepada pengurusan masjid, termasuk ahli jamaah masjid yang kurang mesra dengan orang yang baru nak berjinak dengan masjid, khususnya di bulan Ramadhan. Ada masjid yang kutipan mingguannya mencecah ribuan ringgit, tapi morehnya ala kadar saja. Dibiarkan makmum ambil sendiri, tanpa ada yang menyelia. Ada surau yang hasil mingguannya tak seberapa, tapi berjaya menarik makmum singgah moreh selepas witir. Sebab? Makannya tersedia kemas dan ada AJK yang mempelawa makmum agar singgah sebentar; minum sambil beramah mesra, ibadah juga tu…
  4. Tiada nilai tambah. Setakat solat Isyak dan tarawih serta witir sahaja. Buatlah jamuan berbuka puasa, sesi tazkirah, moreh, iktikaf, sahur dsb supaya makmum rasa berbaloi dan terdorong untuk datang. Menyentuh tentang tazkirah, boleh dipelbagaikan. Bukan berkaitan Ramadhan sahaja, masukkan slot tentang kesihatan, keibubapaan, pendidikan, pengurusan kewangan, psikologi dll. Pastikan yang mengisi slot tu benar-benar pakar… Secara tidak langsung kita boleh fahamkan jamaah bahawa masjid tidak terbatas kepada info keagamaan atau kerohanian sahaja. Sesuai dengan kesyumulan Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan. Kadang-kadang pihak masjid menjadikan kekangan duit sebagai alasan. Pada pengamatan saya, duit bukanlah segala-galanya. Di luar sana ramai para budiman dan insan yang mencari-cari tempat untuk disumbangkan tenaga dan wang ringgit.

Wallahu a’lam.

4 Respons

  1. salam ustaz.

    isu kurang kondusif amat menarik perhatian.apa agaknya alasan/sebab ajk masjid/surau agak ‘liat’ untuk membelanjakan wang dalam akaun masjid/surau,sedangkan wang itu datangnya dari pelbagai sumber dan yang pasti hampir 70~90% adalah dari hasil sumbangan/pungutan derma.

    komuniti/masyarakat sekarang bukan seperti komuniti suatu ketika dahulu.kalau dahulu masyarakat lebih ‘asobiyah’ terhadap suaru/masjid kawasan sendiri.tetapi masyarakat sekarang lebih kepada kepuasan dan mencari apa yang mereka mahu.

    dalam keadaan masyarakat yang tenat inipun,pihak pengurusan surau/masjid masih lagi mengharap pihak sana/pihak sini memperbaiki keadaan,sedangkan institusi surau/masjid itulah sebenarnya tempat yang terbaik untuk ‘ajak kepada yang maaruf,cegah yang mungkar’.

    siapa lagi kalau tidak ajk pengurusan masjid yang memainkan peranan kerana mereka yang di pertanggungjawabkan.kita jemaah biasa hanya mampu memberi idea…

    harapnya janganlah jadi seperti baitul mal/pusat zakat yang tahu menggalak orang membayar zakat sahaja sedangkan yang lagi penting,wang zakat itu di agihkan kepada fakit miskin dan asnaf yang lain.

    • Salam Rizal,
      Ada pengurusan masjid beranggapan duit tabung adalah amanah jamaah dan mereka bimbang untuk menggunakannya. Bila sebut pengurusan masjid, mungkin bukan semua AJKnya, tapi seorang dua yang ‘kalam masmuk’– cakapnya didengari. Sebagai ahli jamaah masjid, kita berikan idea terbaik dan berdoa kepada Allah agar masjid sentiada dalam keadaan terbaik dan cemerlang di hati jamaah.LEpas tu barulah kita berani untuk canang – Jom Ke Masjid dsb.
      Salam Aidil Fitri dari kami buat Rizal sekeluarga, taqabbalallahu minna wa minkum…
      Wassalam.

      • Jazakallah ustaz di atas perkongsian dan pencerahan minda🙂 Saya akan cuba untuk tidak lupa berdoa agar semua masjid/surau agar terus hidup dan subur…

        Buah tangan dari orang Ixora utk org di sana :

        Rasanya baru semalam memulakan puasa.
        Apakan daya hari ini sudah menjangkau 29 Ramadhan.
        Malam Lailatul Qadar,entahkan sudah berlalu atau belum.
        Andainya masih ada peluang,berdoalah bersama agar bertemu dengannya.
        Dan kesempatan yang ada teruskanlah menunaikan amalan wajib dan sunat.
        Hari Raya bukan garisan penamat untuk kita berhenti membuat amal.
        Amalan perlu di teruskan walau di mana jua kita berada.
        Niatkanlah di hati agar,Allah matikan kita dalam kita bersedia untuk mati.
        itulah R.A.M.A.D.H.A.N…

        Jangan kau ucap selamat tinggal,
        Bahkan ucaplah hingga bertemu lagi,
        Seandainya tidak di bumi Tuhan,
        Mudah-mudahan di syurga-Nya nanti!

        Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan juga kepada Ustaz sekeluarga :

        “Taqabbalallahu minna wa minkum Wa ja`alna minal ‘aidin wal faizin.

        -semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci)
        dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan.”

        Ikhlas dari,

        Mohd Rizal Salikon.

      • Salam.
        Terima kasih atas bingkisan R.A.M.A.D.H.A.N…
        Taqabbalallahu minna wa minkum…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: