Bergembiralah, wahai orang yang berpuasa!

Bismillahi walhamdullillah…

Dalam sebuah hadis, nabi SAW ada bersabda yang maksudnya; Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan. Gembira ketika berbuka dan gembira ketika bertemu tuhannya.” Ada yang menafsirkan berbuka itu adalah ketika menyambut hari raya.

Layakkah kita untuk bergembira.

Ya, kita memang layak untuk bergembira dan kegembiraan itu kita zahirkan dengan membesar dan mengagungkan Allah Taala dengan takbir dan tahmid pada eidul fitri kelak. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil hamd… Bezanya kita di Malaysia melaungkan takbir dengan nada sedih. Mungkin sedih kerana berpisah dengan Ramadhan. Tinggi maqam tu! Kalau di Mesir, mereka lafazkan takbir dengan bersemangat, mungkin kerana mereka lebih faham erti takbir dan tahmid -membesarkan Allah, dan memujinya kerana dengan izinnya kita berjaya menyempurnakan ibadah sepanjang Ramadhan.

Ya, kita memang layak untuk bergembira kerana kita telah berjaya… Berjaya mengekang hawa nafsu dengan menjauhi larangan Allah, memelihara lidah dari kata-kata keji, memeihara mata dari pandangan yang dilarang, memelihara hati dari lintasan-lintasan syaitan dll.

Ya, kita memang layak untuk bergembira, kerana berjaya menghidupkan Ramadhan dengan amalan-amalan sunat; tilawatul quran, sedekah, iktikaf, tarawih, tahajjud, witir dll. Kerana nabi dah berjanji; Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadhan dengan [enuh keimanan dan mengharpkan keredhaan Allah, diampunkan segala doasanya yang telah lalu. Pasti saja kita akan bergembira kerana usaha selama sebulan mendapat pulangan yang berbaloi…

Orang dewasa bukan kanak-kanak

Kalau kanak-kanak, mereka akan bergembira kerana dapat baju, seluar dan kasut baru. Walaupun mereka tidak berpuasa atau tidak bertarawih. Kita boleh kiaskan dengan orang dewasa. Maksudnya, jika mereka bergembira kerana ada pakaian baru, kereta baru dan rumah baru… maka level mereka samalah macam kanak-kanak! Ada kata-kata hikmah menyebut; Bukanlah raya itu dengan memakai baju baru, tetapi raya itu ialah orang yang takwanya bertambah. Oleh itu, kalau orang dewasa yang puasanya tidak sempurna, tarawihnya on off, apatah lagi kalau tidak solat fardhu… tak payahlah beraya sakan, sebab hadis di atas khusus untuk orang yang benar-benar berpuasa! Tapi ramai yang tidak faham dan macam kanak-kanak…

Selaras dengan tujuan puasa -mudah-mudahan kamu bertaqwa- maka, sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan darjah taqwa, layaklah dia untuk bergembira. Justeru, lafaz yang layak diucapkan ketika menyambut hari raya ialah taqabbalallahu minna waminkum – mudah-mudahan Allah menerima amalan kami dan amalan kamu. Bila Allah terima, dekatlah kita dengannya bersama para muttaqin…

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: