Malam Raya

Bismillahi walhamdulillah…

Hadirin sedang bertakbir

Tahun ini giliran kami berhari raya di Kampung Jalan Kebun, Klang. Setakat ini tiada masalah dengan penggiliran. Sepatutnya tidak patut timbul perselisihan antara suami isteri dalam bab giliran berhari raya. Lebih menyedihkan, dengar khabarnya ada yang bercerai berai!

Memang menjadi adat kampung  tu, setiap malam raya selain dari bertakbir di surau, mereka akan berarak ke rumah imam-imam dan orang-orang tua kariah. Mereka akan bertakbir sesampainya di rumah yang dilawati, ucapan oleh ketua rombongan dan menerima ucapan balas dari tuan rumah serta sedikit jamuan sebagai penutup. Aktiviti ni dinamakan baraan.

Abah menyampaikan ucapan balas. Di kirinya Hj. Roslee, Imam 1.

Memandangkan Abah salah seorang daripada imam dan orang tua kariah tu, maka rumahnya turut dikunjungi oleh rombongan baraan tersebut. Dapatlah saya melayan dan beramah mesra dengan ahli surau Al-Aziziah yang hadir malam tu.

Pada pandangan saya aktiviti ini bagus diteruskan kerana boleh mengeratkan hubungan antara ahli kariah dan mengisi malam raya dengan takbir dan tahmid kepada Allah. Memang tiada nas secara khusus menyuruh aktiviti ini, sebagaimana tiada juga nas yang melarangnya.

Ada sesuatu yang menarik perhatian mereka, sehinggakan Ijan (berserban) tergelak.

Tahniah kepada Us. Hishamuddin yang telah memulakan baraan di Vila Suria pada tahun ini, dapat mengeratkan ukhuwah antara warga VS. Insya Allah suatu hari nanti akan tiba giliran kami beraya di VS, dapatlah saya menyertai baraan tersebut…

Wassalam.

Sekitar Takbir Raya Di Vila Suria

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: