Ramadhan Kali Ini

Bismillahi walhamdulillah…

Bukti syukurku… Moga diterima Ilahi…

Ramadhan kali ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah, syukur dan puji kepada Allah. Atas limpah kurnianya dapat saya nikmati ibadah sepanjang Ramadhan yang lebih sempurna berbanding tujuh tahun sebelum ini. Iaitu tahun-tahun di mana saya berkhidmat di JPS dan KPM. Bekerja mengikut waktu pejabat, selalu out station dan aktiviti hujung minggu. Jauh beza dengan di sekolah; waktu petang boleh berehat sebagai persiapan untuk tarawih dan qiyamullail. Tiada lagi tugas di luar stesen atau di hujung minggu. Saya amat bersyukur kerana Ramadhan kali ini saya dapat bertarawih dan witir dengan penuh di surau dan masjid (bukan di rumah). Dapat beriktikaf penuh dua hari dua malam di masjid. Dapat qiyam di masjid pada sepuluh malam terakhir. Dapat khatam al-Quran  sebelum Ramadhan berakhir. Dapat berbuka dan bersahur bersama keluarga hampir setiap hari. Tidak termasuk masa yang lebih untuk keluarga dan masyarakat. Semuanya diharap sebagai bukti syukur saya ke atas nikmat kesihatan dan kelapangan kurniaan Allah…

Sendiri mau ingat!

Tidak dinafikan ramai orang yang juga bekerja ikut waktu pejabat boleh lakukan lebih baik dari apa yang telah saya nikmati pada tahun ini. Yang penting, saya bercakap berdasarkan pengalaman dan kekuatan sendiri. Berdasarkan pengalaman selama tujuh tahun bekerja di pejabat, semua itu sukar saya lakukan.  Saya yakin, pilihan untuk kembali ke sekolah adalah pilihan yang tepat dan terbukti keberkesanannya pada diri saya. Saya berdoa agar selepas ini Allah kurniakan kebaikan demi kebaikan kepada saya sekeluarga. Orang lain… terserah pada mereka membuat pilihan sendiri, saya doakan kebaikan untuk semua.

Ya Allah! Bantulah aku dan keluargaku untuk sentiasa mengingati, mensyukuri dan membaiki ibadah kepada mu!

Wassalam.

(Tulisan ini sebagai sebahagian jawapan kepada orang yang bertanya; Kenapa balik sekolah? Seronok ke ngajar di sekolah? Apa beza kerja di pejabat dengan sekolah? dsb.)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: