Korban: Puaskah hati anda?

Bismillahi walhamdulillah…

 

Lembu yang akan dikorbankan di Vila Suria

 

Dah lama saya tak menulis, kali ni tergerak nak sentuh tentang ibadah korban. Memandangkan sekarang ni musim haji dan sinonim dengan ibadah korban.

Rutin?

Korban bukan sekadar rutin tahunan, ibadah tetap ibadah. Iaitu, hendaklah dilaksanakan dengan sempurna dan sebaik mungkin. Kalau dahulu satu bahagian ialah RM250, tetapi sekarang RM350. Sepatutnya harga tidak menjadi masalah, asalkan lembu yang hendak dikorbankan itu cukup syarat. Apalah maknanya korban, jika lembu yang disembelih kurus dan nampak tulang. Kadang-kadang kita lihat lembu yang dikorbankan adalah kurus, sedangkan di tepi-tepi jalan banyak lembu yang lebih gemuk dari lembu yang dikorbankan itu. Adakah si pencari lembu tidak bertemu tuan lembu yang lebih gemuk? Atau tuan lembu tidak mahu menjualnya melainkan dengan harga yang mahal? Atau memang kita tak kisah; asalkan lembu yang cukup umur, sudah!

Cadangan

Saya mencadangkan kepada penganjur ibadah korban, carilah lembu yang sesuai, biarpun harganya mahal sedikit. Jangan tetapkan RM300 satu bahagian, kemudian dapat lembu yang kurus! Juga, perjelaskan kepada peserta ke mana perginya RM300 itu. Adakah untuk harga lembu semata-mata atau termasuk kos pengangkutan, upah penyembelih, pengurusan korban, jamuan dsb. agar tiada rungutan di belakang. Adat setempat (jika ada), perlu diambil kira. Kepada peserta korban pula, hayatilah makna korban tersebut agar sembelihan itu dapat menghampirkan diri kepada Allah. Biarlah keluar duit lebih sedikit dari orang lain untuk mendapat lembu yang sihat lagi gemuk, asalkan anda berpuas hati berkorban.

Insya Allah pada tahun ini, taman saya akan menganjurkan ibadah korban. Setakat ini seekor lembu telah ditempah, untuk lembu kedua, tinggal lagi 5 bahagian. Semoga ibadah ini diterima Allah dan dapat mengeratkan hubungan antara warga taman.

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: