Doa yang ‘power’

Bismillahi walhamdulillah…

Pernah suatu hari menjelang musim peperiksaan, seorang murid bertanya saya; Ustaz, ajarkan saya doa yang power. Saya jawab; OK, nanti dalam kelas saya ajar. Masuk saja dalam kelas, saya suruh murid-murid bersedia untuk salin doa yang power. Doanya ialah;

Semua murid tersentak; Doa tu dah biasa baca Ustaz! Sayapun jelaskan…

Sebenarnya doa yang paling power ialah dari al-Quran dan as-Sunnah. Doa yang biasa dibaca itu adalah dari surah Toha ayat 25 dan 26. Iaitu doa nabi Musa alaihis salam. Jika kita amalkan dengan memahami maksudnya, pasti Allah kabulkan. Masalahnya, ramai yang berdoa, tapi tak sedar atau faham apa yang dimintanya. Kerana nabi pernah berpesan; Allah tidak terima doa dari hati yang lalai.

Adakah kita faham maksud doa-doa yang kita baca selepas solat, lantas menghayatinya dan berharap Allah kabulkan. Begitu juga doa-doa dalam perhimpunan rasmi dsb. Alhamdulillah, sekarang banyak diselitkan doa dalam bahasa Melayu, lebih mudah dihayati oleh pendengar yang mengaminkan. Pesanan saya, sesiapa yang membaca dan menghafaz doa, berusahalah agar difahami maksud doa yang dibaca.

Menyedari hakikat ini, saya cuba terjemahkan doa rasmi sekolah yang selalu di baca oleh pengawas. Saya bimbang, mereka kurang mendapat manfaat dari doa yang dibaca setiap kali perhimpunan mingguan.

دعاء فرهيمفونن راسمي سكوله

بسم اللـه الرحمن الرحيم , الحمد للـه رب العالمين
والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين

رَبَّنَا أَنْفَعْنَا بِمَا عَلَّمْتَنَا          رَبَّنَا عَلِّمْنَا الَّذِى يَنْفَعُنَا

رَبَّنَا فَقِّهْنَا وَفَقِّهْ أَهْلَنَا           وَقَرَابَاتٍ لَّنَا فِى دِينِنَا

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang memanfaatkan ilmu yang dipelajari,

Ya Allah, ajarlah ilmu yang bermanfaat kepada kami

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami, keluarga dan kaum kerabat kami kefahaman yang mendalam tentang agama kami.

رَبَّنَا وَفِّقْنَا وَوَفِّقْهُمْ لِمَا         تَرْتَضِى قَوْلاً وَفِعْلاً كَرَمًا

وَارْزُقِ الْكُلَّ حَلاَلاً دَائِمًا             وَأَخِلآَّءَ أَتْقِيَاءَ عُلَمَاءَ

نَحْظَى بِهِ الْخَيْرَ وَنَكْفَى كُلَّ شَرٍّ

Ya Allah, permudahkanlah kami dan ahli keluarga kami semua,

melaksanakan amalan yang engkau redha,

dalam bentuk kata-kata dan tingkahlaku yang mulia.

Ya Allah, kurniakanlah kami rezeki yang halal sentiasa,

dan para sahabat yang bertaqwa lagi bijaksana,

dengannya kami beroleh kebaikan dan jauh dari sebarang mala petaka.

رَبَّناَ أَصْلِحْ لَنَا كُلَّ الشُّؤُوْنِ     وَأَقِرَّ بِالِّرضَا مِنْكَ الْعُيُوْنِ

رَبنَّاَ وَاقْضِ عَنَّا كُلَّ الدُّيُوْنِ    قَبْلَ أَن يَّأْتِيَنَا رُسُلُ الْمَنُوْنِ

وَاغْفِرْ وَاسْتُرْ أَنْتَ خَيْرُ مَنْ سَتَرَ

Ya Allah, perelokkanlah semua urusan kami,

dan pandanglah kami dengan penuh keredhaan.

Ya Allah, lunaskanlah segala hutang kami,

sebelum malaikat maut datang membawa kematian

Ya Allah, ampun dan lindungilah kami,

kerana engkaulah sebaik-baik pemberi perlindungan.

وصلى اللـه على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين

والحمد للـه رب العالمين

Mungkin ada terjemahan yang silap, sekurang-kurangnya ia membawa maksud yang baik dan memahamkan.

Wassalam.

Doa perhimpunan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: