Iktibar Di Sebalik Program Korban


Bismillahi walhamdulillah.

Saya bagi tajuk begini dan bukan Hikmah Ibadah Korban kerana kupasan tentang hikmah boleh didapati dalam kitab fiqh dsb. Tapi apa yang hendak saya ketengahkan ialah pengajaran atau kesimpulan yang saya perolehi sepanjang program ibadah korban yang dilakukan oleh masyarakat sama ada di surau, sekolah mahupun di taman perumahan. Sebagai sebahagian dari catatan kehidupan… Teruskan membaca

Ibadah Qurban 1431H Vila Suria


Bismillahi walhamdulillah…

Dengan izin Allah dua ekor lembu berjaya disembelih oleh Us. Hisham dengan bantuan warga VS. Proses melapah bermula jam 7.30 dan selesai jam 10.00 pagi. Sementara menanti sup dan ‘lompap’ masak, saya membuat pengumuman tentang status surau dan bangsal sementara. Kemudian daging diagihkan kepada para hadirin dan warga VS. Jam 11.45 sesi kedua pula, iaitu jamuan sup dan ‘lompap’. Alhamdulillah, menjelang zuhur semuanya selesai… Teruskan membaca

Berpisah jua akhirnya…


Nizam dari Semenyih.

Alhamdulillah, sekitar jam 5.30 petang 19 November, En. Nizam tiba untuk mengambil Unser yang saya iklankan baru-baru ini. Memang berat untuk menjual setelah enam tahun kami sekeluarga memanfaatkanya untuk pelbagai urusan sesuai dengan statusnya MPV. Teruskan membaca

Takbir Malam Raya


Bismillahi walhamdulillah…

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Wa Lillaahil Hamd..

Pada kali ini saya berhari raya buat kali pertamanya di Vila Suria. Mungkin tidak semeriah Aidil Fitri. Tapi apa yang menarik ialah saya dan beberapa jiran dapat meneruskan aktiviti takbir raya dari rumah ke rumah, meneruskan apa yang telah diusahakan oleh Al-Fadhil Ustaz Hj. Hishamuddin pada Aidil Fitri lepas. Teruskan membaca

Hina sangat ke 4A1B?


Bismillahi walhamdulillah…

Keputusan UPSR baru diumumkan. Antara tugasan utama saya semasa di JPS dahulu ialah menguruskan kemasukan murid ke Tingkatan Satu di Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Selangor. Tiga buah SMKA semuanya.  Pada musim macam ini, ramai la kenalan yang telefon, bukan setakat bertanya khabar, tapi… Faham faham aje la! Tempat yang diperuntukkan kepada lepasan UPSR hanyalah 455 orang berbanding lebih 3000 pemohon. Ketika itu, syarat minima ke SMKA di Selangor ialah 4A1B, kecuali 5A untuk ke Maahad Hamidiah. Selama enam tahun mengurus, macam-macam ayat yang saya dengar dan hampir sama setiap tahun! Sampaikan Us. Madzlan yang duduk sebelah meja saya boleh hafal apa jawapan yang akan saya berikan kepada ibu bapa yang datang merayu untuk memasukkan anak mereka ke SMKA. Teruskan membaca

Iklan: Aktiviti Musim Cuti Sekolah


Untuk remaja berumur 13-17 tahun (Lelaki & Perempuan)

Tarikh: 11-13 Disember
Tempat:  D’Kok Eco Camp, Talang, Kuala Pilah.
Bayaran: RM80 sahaja

Hubungi: En. Nor Helmi Jamil : 019-2445736 / Pn. Kaslawati Kassim: 019-6230101 / Us. Faisol: 019-2239724

http://krimns.wordpress.com/2010/11/10/program-cuti-sekolah-kem-remaja-muslim-kembali/

Jangan Ikut Mereka. Pahala mereka dah banyak!


“Jangan ikut mereka. Pahala mereka dah banyak.”

Itulah antara kata-kata yang selalu saya ulang kepada anak murid saya di sekolah. Biasanya selepas solat zuhur secara berjamaah, saya (dan guru lain) akan ambil kesempatan untuk memberi tazkirah kepada murid-murid. Saya perhatikan, ada dari kalangan mereka yang tidak berwirid bersama rakan-rakan yang lain. Maka, saya jadikan murid yang tidak berwirid itu sebagai contoh sempadan. Teruskan membaca

%d bloggers like this: