Jangan Ikut Mereka. Pahala mereka dah banyak!

“Jangan ikut mereka. Pahala mereka dah banyak.”

Itulah antara kata-kata yang selalu saya ulang kepada anak murid saya di sekolah. Biasanya selepas solat zuhur secara berjamaah, saya (dan guru lain) akan ambil kesempatan untuk memberi tazkirah kepada murid-murid. Saya perhatikan, ada dari kalangan mereka yang tidak berwirid bersama rakan-rakan yang lain. Maka, saya jadikan murid yang tidak berwirid itu sebagai contoh sempadan. Kononnya, orang yang tidak berwirid selepas solat adalah orang yang telah banyak amal dan pahalanya! Sebab itu mereka duduk senyap dan tidak berwirid. Berbeza dengan kita yang kurang amal dan pahala ni, maka kita perlu berwirid selepas solat. Jangan ikut mereka! Alhamdulillah, mereka faham tapi kadang-kadang lupa juga.

Adakah frasa ini boleh diguna pakai sentiasa? Wallahu a’lam. Dari satu segi, sekurang-kurangnya kita tidak perlu ‘tension’  apabila  melihat orang yang tidak sama amal perbuatannya dengan kita. Mungkin mereka ada alasan dan ilmu tersendiri yang tidak kita ketahui. Tidak dinafikan, ada juga yang memang malas untuk beramal lantaran kejahilan atau mengikut tuntutan hawa nafsu. Tapi bagi kanak-kanak atau murid sekolah, mereka perlu dilatih dan diberi panduan asas beribadat. Bahkan mungkin perlu dipaksa.

Kalau tak ikhlas, jangan buat!

Paksa? Boleh ke paksa orang beramal? Kalau dia beramal dengan paksaan, tidak ikhlas, nanti Allah tak terima? Macam mana tu? Jawapannya, BOLEH! Terutama anak-anak yang pelu dididik dan dibiasakan. Sama seperti kita memaksa penghuni asrama supaya turun solat berjamaah di musolla. Kalau kita rujuk kitab, amal yang pada mulanya tidak ikhlas, jangan ditinggalkan. Buat dan terus buat, dalam masa yang sama, lawan dan terus lawan… insya Allah akan ikhlas. Memang taktik syaitan, kalau tak ikhlas, jangan buat. Kalau buat sebab orang suruh atau malu kat orang, jangan buat. Dan macam-macam lagi. Nak tunggu betul-betul ikhlas, entah bila. Maka mulakan dahulu, dalam masa yang sama mujahadah diri supaya ikhlas.

Sendiri mau ingat…

Berbalik kepada tajuk asal kita, beramallah ikut keperluan kita sendiri. Kita memang perlu taat dan menghambakan diri kepada Allah sentiasa. Jangan ikut orang lain. Ikutlah kebaikan dan kebenaran, walaupun tidak ramai yang melakukannya. Jauhi dan tinggalkan kejahatan, meskipun ramai yang melakukannya. Sendiri mau ingat…

Wassalam.

2 Respons

  1. Semdiri mau ingat ah?😉

    Ustaz sekarang di mana ya? N9? Atau masih di jalan kebun?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: