Iklan: Aktiviti Musim Cuti Sekolah

Untuk remaja berumur 13-17 tahun (Lelaki & Perempuan)

Tarikh: 11-13 Disember
Tempat:  D’Kok Eco Camp, Talang, Kuala Pilah.
Bayaran: RM80 sahaja

Hubungi: En. Nor Helmi Jamil : 019-2445736 / Pn. Kaslawati Kassim: 019-6230101 / Us. Faisol: 019-2239724

http://krimns.wordpress.com/2010/11/10/program-cuti-sekolah-kem-remaja-muslim-kembali/

4 Respons

  1. ustaz, ada org surau wp tanya saya, knape org vs bila buat program tak nak libatkan org sekitar, tp bila nak tahlil ajak org surau.

    • Salam, Musa (mana satu orangnya ya?).
      Bagus juga soalan tu.
      1. Boleh bagi contoh supaya lebih spesifik?
      2. Sepertimana saya ada juga dengar orang Delima buat jamuan raya, tapi tak jemput kami di VS. Saya tak terdetik apa-apa pun!
      3. Setakat ini jika kami anjurkan ceramah sempena hari-hari kebesaran Islam, sampai jemputan tu di Surau Al-Hidayah kan?
      4. Adakah yang bertanya maksudkan Jamuan Raya Aidil Fitri baru-baru ini? Memang kami tak buka kepada jiran di luar. Sebenarnya, sebagai satu komuniti yang masih baru, kami perlu perkukuhkan perkenalan dalaman terlebih dahulu. Sedangkan jiran setamanpun kami tak habis taaruf lagi, macam mana nak buka kepada jiran sekitar. Insya Allah, bila dah mantap nanti akan buka kepada semua.
      5. Adakah yang bertanya merujuk kepada program korban kami pada 20 Nov. nanti? Jawapannya sama macam no. 4 tadi, secara zahir. Adapun yang batin, akan saya jelaskan jika yang bertanya jumpa saya sendiri, insya Allah.
      6. Terima kasih atas keprihatinan, moga Allah ganjari sebaik-baiknya…

  2. tk atas perjelasan, tp kadang2 kami kat surau ni terasa… tuan rumah tak pernah datang pun surau… tp bila nak tahlil ajak jemaah… lain kali kalau tuan rumah bkn ahli surau wp, usah ustaz ajak kami … kami tak nak pergi, tp bila ustaz yg ajak hati dah berbelah bagi.. kami hormat ustaz…

    • Terima kasih atas penghormatan tersebut. (Semoga zahir saya, sama dengan batin).
      1. Sekarang ni saudara Musa sendiri yang bertanya atau mewakili orang surau sebelum ini?
      2. Soalan saya masih belum dijawab; Berikan contoh dan jangan generalize.
      3. Sebelum saya pindah ke Seremban, inilah antara fenomena yang berlaku di Klang iaitu; Perlukah memenuhi undangan orang yang tak pernah/jarang ke surau. Seolah-olah ada satu stand; kita hanya pergi ke rumah orang-orang surau sahaja. Saya bimbang jika pendirian ini menguasai diri saya, seolah-olah; Kita lebih baik dari mereka. Mereka golongan fasiq, tak perlu penuhi undangan mereka.
      4. “Kita harus menjadi pendakwah, bukannya penghukum.” Kalau kita label mereka sebagai anti surau dsb., kita akan menutup ruang dakwah. Sedangkan dakwah adalah tugas kita, bukan setakat duduk di surau sahaja! Sekarang, bila mereka undang kita ke rumah (nak harapkan kita datang, entah bila…), maka gunakanlah peluang untuk berdakwah. Anggaplah pemergian kita ke rumahnya untuk berdakwah (tak tahulah kalau ada yang mengharapkan nasi minyak, kari kambing dsb.).
      5. Adakah dengan menjauhkan diri dari mereka atau memulaukan mereka, mereka akan INSAF dan datang ke surau? Kalau jawapannya YA, silakan. Jika tidak, fikir-fikirkanlah perenggan no. 4 tadi. Adalah menyedihkan kalau orang yang sering berulang alek ke surau, tapi ada sekelumit rasa bangga diri dengan amalnya itu, memandang rendah orang lain dsb. Saya mengistilahkannya sebagai Penyakit Orang Surau, jangan marah.
      6. Apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menarik mereka ke surau? Pengumuman melalui pembesar suara? (Tak sampaipun ke Vila Suria). Melalui pamplet yang diedarkan? Ziarah ke rumah mereka? Mendoakan untuk mereka secara khusus? Bila dakwah kita nak berkembang, jika kita hanya berkisar orang surau sahaja.
      7. Wallahu a’lam, ini pendapat dan pendirian saya. Kita boleh berbincang dengan baik. Tapi lebih baik kalau saya tahu dengan siapa saya berbincang. Moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk mengislahkan umat ini dan mengeluarkan mereka dari kegelapan…
      Wassalam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: