Takbir Malam Raya

Bismillahi walhamdulillah…

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Wa Lillaahil Hamd..

Pada kali ini saya berhari raya buat kali pertamanya di Vila Suria. Mungkin tidak semeriah Aidil Fitri. Tapi apa yang menarik ialah saya dan beberapa jiran dapat meneruskan aktiviti takbir raya dari rumah ke rumah, meneruskan apa yang telah diusahakan oleh Al-Fadhil Ustaz Hj. Hishamuddin pada Aidil Fitri lepas.

Alhamdulillah, sebanyak dua belas rumah kami ziarahi membabitkan tiga generasi iaitu dewasa, remaja dan kanak-kanak. Bermula dengan rumah saya sendiri, diikuti dengan rumah Dr. Norazlan, Abang Kumar yang selorong dan berakhir dengan rumah PM Us. Abd. Halim. Tepat jam 12.38 kami bersurai. Di Awal pertemuan saya mengingatkan para peserta bahawa aktiviti ini diadakan bukanlah sekadar, “orang lain buat, kitapun buat”. Tetapi sebagai menghidupkan malam raya dan mengeratkan ukhuwah Islamiah. Untuk itu, selepas bertakbir dan bacaan doa,  setiap ketua rumah memperkenalkan secara ringkas mengenai keluarga masing-masing sebelum para tetamu menikmati hidangan disediakan.

 

2 Respons

  1. salam Ustaz🙂

    semoga tetamu datangnya dengan membawa rahmat dan kembalinya sebagai penghapusan dosa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: