Berpisah jua akhirnya…

Nizam dari Semenyih.

Alhamdulillah, sekitar jam 5.30 petang 19 November, En. Nizam tiba untuk mengambil Unser yang saya iklankan baru-baru ini. Memang berat untuk menjual setelah enam tahun kami sekeluarga memanfaatkanya untuk pelbagai urusan sesuai dengan statusnya MPV.

Tiada yang kekal

Namun, itulah dia namanya makhluk, tidak akan kekal. Kereta itu tidak akan kekal, pemilikan kita terhadapnya juga tidak akan kekal. Yang kekal hanyalah pahala dari cara kita memanfaatkan harta yang dipinjamkan tadi.

Pada mulanya saya musykil juga, kerana jarang orang muda yang baru ada anak dua orang berumur tiga dan satu tahun berminat dengan Unser. Rupa-rupanya Nizam ni ada bisnes, iaitu menjual kereta sorong kanak-kanak terpakai yang diambil di Singapura. Setiap minggu beliau akan ke JB mendapatkan bekalan. Munasabah sangatlah beliau perlukan sebuah MPV seperti Unser.

Semoga penjualan kereta ini diberkati Allah dan saya mendapat gantian yang lebih baik untuk dunia dan akhirat saya, Insya Allah.

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: