Ibadah Qurban 1431H Vila Suria

Bismillahi walhamdulillah…

Dengan izin Allah dua ekor lembu berjaya disembelih oleh Us. Hisham dengan bantuan warga VS. Proses melapah bermula jam 7.30 dan selesai jam 10.00 pagi. Sementara menanti sup dan ‘lompap’ masak, saya membuat pengumuman tentang status surau dan bangsal sementara. Kemudian daging diagihkan kepada para hadirin dan warga VS. Jam 11.45 sesi kedua pula, iaitu jamuan sup dan ‘lompap’. Alhamdulillah, menjelang zuhur semuanya selesai…

Saya mewakili JK Pembinaan Surau VS merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada para peserta Ibadah Korban (dan akikah) tahun ini dan warga Vila Suria yang terlibat menjayakan aktiviti dari awal hingga akhir. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, walaupun ini merupakan kali pertama kami menganjurkannya.

Ada yang membantu penuh dari awal hingga akhir, ada yang separuh jalan sahaja, bahkan ada yang datang untuk makan sahaja. Terima kasih kepada semua. Tidak terlintas di hati saya utuk membezakan antara mereka… Asalkan mereka datang, maka masih ada bibit kebaikan dalam hati mereka. Hanya Allah juga sebaik-baik pemberi ganjaran. Adapun yang tidak dapat bersama, kita berbaik sangka. Tak perlu fikir yang bukan-bukan, nanti makan diri sendiri!

Jelas kelihatan kegembiraan di wajah para hadirin dan mereka seronok bergotong royong. Antara yang menarik perhatian saya ialah, ekor kedua-dua lembu ‘tidak hilang’ sehinggalah dimasukkan ke dalam periuk dan ada yang diagihkan. Biasanya, ekorlah yang akan lesap dulu…

Semoga aktiviti ini diberkati Allah dan mampu mengeratkan ikhuwah Islamiah dalam kalangan warga VS. Subhaanaka Ya Rabb… Ghufraanaka walaikal masir…

Maklumat tambahan, layari:

1. Blog JK Pembinaan Surau Vila Suria

2. Blog Persatuan Pemilik Vila Suria

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: