Iktibar Di Sebalik Program Korban

Bismillahi walhamdulillah.

Saya bagi tajuk begini dan bukan Hikmah Ibadah Korban kerana kupasan tentang hikmah boleh didapati dalam kitab fiqh dsb. Tapi apa yang hendak saya ketengahkan ialah pengajaran atau kesimpulan yang saya perolehi sepanjang program ibadah korban yang dilakukan oleh masyarakat sama ada di surau, sekolah mahupun di taman perumahan. Sebagai sebahagian dari catatan kehidupan…

1. Pilihlah binatang yang terbaik untuk dikorbankan. Saya pernah

Puas hati, RM2250. Terima kasih Us. Hishamuddin.

sentuh perkara ini. Janganlah kita ikut harga orang lain kecuali jika spesifikasi kita sama. Kalau penganjur lain tetapkan RM400 untuk satu bahagian, jangan cepat kita kata, “kita punya paling murah, RM350 aje!”. Sedangkan lembu kita lebih kurus dari mereka atau saiznya lebih kecil, itupun belum masuk kos pengurusan dsb.

2. Pastikan urusan jual beli mengikut syarak. Jangan main percaya saja. Kalau lembu yang kita tempah tu warna hitam, pastikan yang dihantar hitam, bukan putih. Kalau boleh ambil gambar dan nombor yang tercatat pada telinga lembu tu. Pastikan adakah harga yang ditawarkan termasuk kos hantar, melapah dsb.

3. Bukan semua orang berani tengok darah. Terbukti, bila sampai masa

Saya takut kalau lembu tu bangun...

menyembelih hanya dua tiga orang sahaja yang berani dekat dan membantu. Antara sebabnya ialah takut tengok darah, takut kena darah, atau takut kena tendang dengan lembu!

5. Belajarlah tentang ibadah korban. Korban adalah ibadah, setiap ibadah perlu ada ilmu dan ilmu dari orang yang alim. Pernah dengar pendapat ni? Orang belum pergi haji tak boleh berkorban. Hari untuk korban adalah tiga hari sahaja. Kalau tak tahu belajar atau bertanyalah kepada yang arif.

4. Lembu lebih berkuasa dari kita. Biasanya sebelum menyembelih, kita

En. Norazlan bersama anaknya. Lubang ini sepatutnya untuk menakung darah lembu.

akan gali lubang untuk menyembelih dan darah terkumpul di lubang tersebut. Tetapi berlaku juga, lembu tidak mahu ke lubang tersebut! Akhirnya kita terpaksa ikut cakap lembu, sembelih di tempat dia berdiri! Tak perlu merungut, “sia-sia saje kita gali lubang tu!” Kerana setiap usaha yang ikhlas, pasti Allah ganjari. Yang penting kita telah berusaha untuk yang terbaik.


Taklimat kepada hadirin. Bertudung biru itu, mak saya - Hjh Jahrah. (Foto dari blog JKPSVS)

6. Manfaatkan perhimpunan untuk berdakwah. Bukan semua orang yang menyertai korban tu rajin pergi surau. Alang-alang mereka dah datang ke surau untuk sertai korban, manfaatkan untuk dakwah. Jangan sekadar kutip duit lepas tu agihkan daging. Beres! Tak pula kita berkenalan dengan mereka, ajak datang surau dsb. Lepas tu kita pakat kehairanan, “dari mana datangnya ramai-ramai ni? Rugi, sebab kita dah berhabis masa dan tenaga, tapi tiada pulangan kepada dakwah.

7. Pekerja yang mahir perlukan alat yang sesuai. Datang gotong

PM Us. Abd. Halim sedang beraksi. Gabungan kemahiran dan alat iaitu kapak dan alas. Jangan lupa, tenaga...!

royong bawalah parang, pisau, kapak, alas dsb. Pastikan pisau dan parang tu tajam. Kalau berlenggang, jawabnya kita akan mahir bersembang. Sampai masanya setiap rumah memiliki parang atau pisau yang tajam biarpun jarang digunakan. Kerana ibadah korban, kenduri besar dan akikah amat sinonim dengan Melayu Islam dan memerlukan alat tersebut. Sebagaimana perlu ada yang mewarisi ilmu menumbangkan lembu, menyembelih, melapah dan menguruskan perutnya. Jika tidak, banyak masa akan terbuang dan pembaziran akan berlaku!

Demikianlah beberapa pemerhatian saya untuk dikongsikan. Salah silap mohon diperbetulkan. Wassalam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: