Catatan Ceramah Maal Hijrah 1432

Bismillahi walhamdulillah.

Pada Ahad 7 Muharram 1432H / 12 Disember 2010 Sdra. Shahkirit Kakulal Govindji memenuhi undangan kami untuk menyampai ceramah sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Vila Suria. Majlis berjalan dengan lancar, namun kehadirannya agak kurang berbanding siri ceramah sebelum ini. Yang penting, kami telah lakukan sesuatu bagi memenuhi keperluan warga VS. Antara kesimpulan ceramah beliau ialah;

  1. Kadangkala kita perlu berterus terang dalam menyampaikan sesuatu dan kurang berlapik, biarpun agak pahit dan memedihkan. Kerana biasa berlaku, orang lebih faham ‘lapik’nya berbanding mesej yang hendak disampaikan!
  2. Tidak salah seseorang itu memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan seorang muslimah. Asalkan selepas memeluk Islam dia benar-benar menghayati dan perelokkan Islamnya. Nak harapkan orang Islam berdakwah kepada bukan Islam, entah bila!
  3. Elakkan perkenalkan Islam sebagai hukum hakam sahaja. Contohnya kalau masuk Islam mesti solat lima waktu, keluarkan duit untuk berzakat, kena ‘potong’ dan sebagainya. Banyak lagi perkara yang boleh didahulukan seperti keindahan Islam, konsep tuhan yang satu dan kehidupan selepas mati.
  4. Minum holy water tidak akan menyebabkan seseorang itu lupa kalimah syahadah. Buktinya, Sdra. Ayub Abdul Rahman yang pernah menjadi paderi dan meminum bergelen-gelen holy water, tiada masalah langsung mengucap kalimah syahadah untuk memeluk Islam.
  5. Antara kaedah berdakwah kepada non muslim ialah mencari titik persamaan antara agama seperti larangan berlaku zalim, minum arak, membunuh dsb. Tetapi kita tidak boleh berpada dengan titik persamaan ini sahaja seperti fokus Dialog Antara Agama yang lebih bermatlamatkan bahawa – semua agama sama! Perlu ditekankan perbezaan yang membuktikan kebenaran Islam berbanding agama lain.
  6. Tahu dan yakin adalah dua perkara yang beza. Ramai umat Islam tahu kebenaran Islam, tetapi kurang yang yakin. Yakin yang membawa kepada menghayatinya dalam kehidupan seharian, sanggup berjuang mempertahan dan memgembangkannya. Hijrah menuntut kita supaya berpindah dari tahu kepada yakin.
  7. Al-Quran bukanlah sedutan dari Bible, walaupun ada persamaan fakta. Buktinya tidak ada satu ayatpun dalam Al-Quran yang sama dengan Bible. Dan, tidak ada satu ayatpun dalam Al-Quran yang bertentangan dengan sains, berbanding Bible.
  8. Kalau jadi penceramah, jangan goreng. Kalau tak tahu, cakap tak tahu. Kerana mungkin dalam kalangan pendengar ada yang lebih berilmu daripada kita.

Wassalam.

Maklumat tambahan, rujuk blog JKPSVS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: