Istighfar: Doa dan Harapan

Bismillahi walhamdulillah.

Sebentar tadi saya menamatkan hadis ke empat puluh dua dari kitab Hadis Empat Puluh di Surau Al-Hidayah, BWP. Alhamdulillah, hampir dua tahun berlalu dan saya dapat berkongsi dengan jamaah surau. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kitab tersebut mengandungi 42 hadis, bukannya 40!

Antara perbincangan yang dikongsikan ialah tentang istighfar. Sedia maklum bahawa nabi SAW beristighfar sehari semalam lebih dari 70 kali dan ada riwayat menyatakan 100 kali. Kalau dikira, berapa kali kita beristighfar mohon ampun dari Allah? Sekurang-kurangnya tiga kali selepas solat, darab lima, baru  lima belas kali. Kurang lagi 85! Pastikan kita berusaha agar cukup 100 kali sehari. Tidak kiralah sama ada sambil memandu, riadhah, membasuh kereta dsb.

Istighfar lepas solat?

Antara amalan sunat selepas solat ialah istighfar tiga kali. Mengapa perlu beristighfar selepas solat? Kita bukan buat maksiatpun! Lainlah jika kita baru balik dari shopping complex yang pelbagai godaannya. Sebenarnya, istighfar itu ialah untuk menampung kecacatan yang kita lakukan semasa solat. Contohnya tidak khusyuk. Sebab itu kita perlu istighfar atas solat yang tidak khusyuk tersebut. Namun, mengapakah kealpaan yang sama kita ulangi dalam solat berikutnya? Jawapannya ialah, kita tidak benar-benar menghayati istighfar yang dilafazkan. Ada yang beristighfar sambil melipat sejadah, sambil memantau siapa yang masbuq atau sambil membelek handphone. Perlu diingatkan, istighfar adalah doa. Setiap doa perlu dibuat dengan sedar dan khusyuk. Nabi pernah bagi amaran, bahawa Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai. Maka tidak hairanlah, jika kita sentiasa mengulangi kesilapan dalam solat, walaupun lepas itu kita beristighfar dan beristighfar…

Istighfar itu doa

Sekali lagi, istighfar adalah doa dan setiap doa perlu dilengkapkan dengan pengharapan kepada Allah, dipanggil ar-roja’. Setiap orang yang berdoa perlu meletakkan pengharapan sepenuhnya bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Pesanan nabi SAW, berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin akan diperkenankan. Antara tanda ar-roja’ ialah menyempurnakan ketaatan kepada Allah. Sebab itu dalam bab taubat, selain dari menyesal, meninggalkan maksiat dan berazam tidak mengulangi kesalahan, taubat disempurnakan dengan membanyakkan amal ibadat- sebagai ar-roja’. Contohnya, kita lihat orang yang bertaubat kembali ke pangkal jalan, rajin ke surau dan majlis ilmu, banyak bersedekah dan membaca al-Quran, mengerjakan umrah dsb. Itu adalah siri melengkapkan doa dan pengharapannya kepada Allah.

Marilah kita berdoa dan buktikan bahawa kita memang berharap doa kita diterima Allah…

Upgrade!

Sebagai menaik taraf istighfar harian kita, dilampirkan saiyidul istighfar atau penghulu segala istighfar seperti diajarkan oleh baginda SAW, diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari

TEKS Penghulu istighfar

Baca, hafaz, amal dan hayati…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: