Carilah Teman

Bismillahi walhamdulillah

Malam tadi saya menghadiri mesyuarat AJK Persatuan Pemilik Vila Suria.

Sedangkan orang utan boleh berkawan dengan anjing. Inikan kita sesama manusia!

Bertembung dengan ceramah umum DS Anwar Ibrahim, Nasirudin Nasution dan Azmin Ali di Kg. Ismail, lebih kurang 3km sahaja dari VS. Pertembungan ini saya jadikan alasan untuk tidak menghadiri ceramah tersebut. Sebenarnya, kalau tiada alasanpun saya tidak akan pergi! Memang tabiat saya dari dulu lagi, tidak sukakan perkumpulan yang besar, rimas rasanya. Isteri saya faham sangat karenah saya ni.

Berbalik kepada mesyuarat, antara topik yang dibincangkan ialah isu penghuni taman yang tidak mahu menjelaskan yuran bulanan sebanyak RM50 untuk membiayai kawalan keselamatan dan sedikit untuk aktiviti penduduk taman. Ada yang masuk 18 bulan tak bayar! Pelbagai telahan boleh dibuat. Mungkin mereka memang tak nak bayar. Mungkin mereka tak sempat bayar. Mungkin mereka tunggu orang datang kutip. Mungkin mereka tak puas hati dengan pengawal dan macam-macam kemungkinan. Antara cadangan dibuat ialah menemui mereka. Kalau pergi seorang, tiada siapapun yang sanggup. Maka kami berpakat membentuk satu kumpulan untuk menziarahi penduduk yang belum menjelaskan yuran.

Contoh ikutan kita

Sebenarnya berteman adalah perlu dalam kita membereskan urusan harian. Kita ambil pengajaran kisah nabi Musa yang bertemankan nabi Harun untuk bertemu Firaun.

“Dan saudaraku Harun dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan) ku; sesungguhnya aku khuatir mereka akan mendustakanku.” Al-Qasas:34

Maka tidak salah jika mencari pembantu agar kelemahan kita ditampung oleh sahabat lain dan tugas dapat dilakukan dengan sempurna. Mencari teman pembantu tidak akan menjatuhkan martabat kita. Janganlah diikutkan sangat Lone Ranger kerana itu bertentangan dengan sunnah kehidupan. Sekurang-kurangnya apabila kita lemah dan kecewa, ada teman yang akan menguat dan memberi perangsang.  Bila kita ketandusan idea, ada teman yang memberikan buah fikiran. Bahkan antara faktor kerja sekerat jalan, ialah buat secara sendirian.

Kebersamaan Allah

Namun jangan lupa, ada satu lagi teman yang perlu sentiasa bersama kita, iaitu Allah Taala.  Perhatikan pesanan Allah kepada Musa dan Harun a.s.; “Janganlah kamu berdua khuatir, sesungguhnya Aku bersama kamu berdua, Aku mendengar dan melihat”.” Toha:46. Memang ketika itu nabi Musa ditemani oleh nabi Harun, tetapi Allah tetap berpesan bahawa Dia akan sentiasa bersama mereka berdua. Kebersamaan Allah kita cari agar mendapat bantuan dan kemenangan dari Allah. Dengan syarat kita memenuhi kriteria yang melayakkan Allah bersama kita iaitu;

  1. Sentiasa merasakan Allah memerhatikan kita; “Semulia-mulia iman adalah kamu merasai Allah sentiasa bersama kamu di mana jua kamu berada.” Riwayat At-Tabrani
  2. Memiliki iman yang sempurna; “…sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang beriman.” Al-Anfal:19;
  3. Bertakwa dan berlaku ihsan; “Sesungguhnya Allah bersama orang yang bertakwa dan berbuat kebaikan.” An-Nahl:128.

Moga kita bertemu teman sejati dan layak untuk ditemani oleh Allah Taala…

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: