Jagalah nama baik penganjur


Bismillahi walhamdulillah.

Dianggarkan 3600 orang menghadiri KEMM. Sebahagian besarnya adalah belia.

Sabtu, 29 Januari. Awal pagi lagi saya dah bertolak ke Universiti Teknikal Melaka. Supaya sampai sebelum 7.30 pagi seperti diarahkan, saya memecut 120-130kmj. Kereta baru, takde masalah! Saya ditugaskan  sebagai pengiring kepada pembentang pertama, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Yusof bin Hashim, Naib Canselor KUIM yang akan membentangkan tajuk Kegemilangan Empayar Melayu Melaka. Siapalah saya untuk mengiringi ahli akademik yang hebat ini. Mujur ada Dr. Badrul UMP dan saudara Aminudin S/U yang melayan beliau. Tugas saya hanyalah sebagai ‘bawab’ mengiringi beliau ke tempat duduk VIP, ke bilik rehat selepas pembentangan, tunggu sampai habis minum dan akhirnya iring ke kereta untuk pulang. Itulah yang saya faham bidang tugas diberi dan Alhamdulillah dapat saya sempurnakan. Teruskan membaca

Pengecut rupanya aku!


Bismillahi walhamdulillah…

Suatu malam, semasa menuruni bukit, saya berselisih dengan sebuah kereta yang tidak memasang lampu. Kepantangan saya tu, sebab menyusahkan orang dan boleh menyebabkan kemalangan. Tak boleh dibiarkan, mesti tegur ni- saya nekad. Kebetulan kereta itu berhenti tidak jauh dari saya. Sayapun turun mendekati kereta tersebut dan ternyata pemandunya seorang pemuda bertatoo di lengan! Tiba-tiba penumpang di sebelahnya membuka pintu dan terus keluar. Habislah aku, bisik hati saya. Rupa-rupanya dia menuju ke kereta kawannya yang berada selang beberapa buah kereta. Alhamdulillah, lega… Sambil berdiri di sisi pemandu saya bertanya; Brother, apasal tak pasang lampu? Dia menjawab, soli ma, soli… ringkas. Sayapun terus beredar. Mission accomplished! Teruskan membaca

Antara hukum dan pendidikan


Bismillahi walhamdulillah

Pada perhimpunan mingguan lepas, saya mengiringi Puan Pengetua untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid Tingkatan Satu yang memenangi acara dipertandingkan sepanjang Minggu Orientasi. Sebagai murid yang baru melangkah masuk ke sekolah menengah, mereka masih tebal dengan adab seperti mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan orang yang lebih tua. Sehinggakan murid lelaki terbawa-bawa kebiasaan mereka semasa sekolah rendah dahulu, iaitu hendak bersalaman dengan Puan Pengetua. Alhamdulillah, sebagai pengiring, saya sambut salam mereka sebagai ganti Pengetua. Teruskan membaca

Toleransi dalam muamalat


Bismillahi walhamdulillah.

Dari Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; Mudah-mudahan Allah merahmati orang yang bertoleransi ketika menjual, membeli dan meminta haknya dari orang lain. (Al-Bukhari, At-Tirmizi dan Ibnu Majah) Teruskan membaca

Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka


Ajarlah mereka.


Bismillahi walhamdulillah. 

Melangkah kaki masuk ke kedai gunting, saya nampak si tukang gunting bersalaman dengan seorang lelaki dan dua orang gadis. “Mungkin anak-anak buah dia”, bisik saya kepada isteri. Sambil menunggu giliran saya bertanya, “tadi tu anak buah ke, Karim?” “Itulah masalahnya ustaz. Tadi tu kawan lama saya dengan anak-anak dia. Saya tak nak salam, tapi dia orang dah hulur tangan, terpaksalah saya sambut. Sebab tu ustaz,  saya jarang pergi kenduri kendara. Sebabnya, nanti kena salam dengan bukan mahram, termasuklah tuan rumah nak bersalaman dengan isteri dan anak dara saya yang sorang tu,” jelas Karim dengan panjang lebar.

Teruskan membaca

Bagus pakai tudung?


Bismillahi walhamdulillah.

Berbanding dua puluh tahun dahulu, dari segi bilangan- anak-anak gadis sekarang lebih ramai memakai tudung. Bukan setakat di sekolah bahkan di shopping complex. Ditambah pula pelbagai fesyen dan kain serta warna dan aksesori. Nampaknya pesanan tok guru dan lebai kampung pada tahun enam tujuh puluhan dahulu menjadi. Pesanan mereka supaya perempuan Melayu bertudung menjadi. Hasilnya, sampai sekarang ramai gadis dan remaja perempuan bertudung. Ya, mereka bertudung dan sekadar bertudung. Bukannya menutup aurat. Teruskan membaca

%d bloggers like this: