Bagus pakai tudung?

Bismillahi walhamdulillah.

Berbanding dua puluh tahun dahulu, dari segi bilangan- anak-anak gadis sekarang lebih ramai memakai tudung. Bukan setakat di sekolah bahkan di shopping complex. Ditambah pula pelbagai fesyen dan kain serta warna dan aksesori. Nampaknya pesanan tok guru dan lebai kampung pada tahun enam tujuh puluhan dahulu menjadi. Pesanan mereka supaya perempuan Melayu bertudung menjadi. Hasilnya, sampai sekarang ramai gadis dan remaja perempuan bertudung. Ya, mereka bertudung dan sekadar bertudung. Bukannya menutup aurat.

Asal usul

Bukan salah lebai kampung dahulu kala. Memang tepat sekali mereka menekankan supaya bertudung, kerana pada zaman itu memang perempuan Melayu berbaju kurung. Maka dengan bertudung, mereka telah menutup aurat. Tapi zaman dah berubah.  Sekarang, kalau ditekankan supaya memakai tudung, belum pasti mereka akan menutup aurat. Pakai tudung, tapi mendedahkan lengan. Pakai tudung, tapi nampak betis. Pakai tudung, tapi nampak leher. Pakai tudung, tapi nampak bentuk badan. Pakai tudung, tapi… ringkasnya mendedahkan aurat.

Penyelesaiannya

Maka, pendekatan yang lebih tepat ialah; ajak dan ajarlah anak-anak gadis menutup aurat. Tekankan maksud sebenar tutup aurat.  Ibu perlu jadi contoh mithali dalam bab menutup aurat. Ibu bapa mesti tegur dan terus menegur kealpaan anak gadis dalam berpakaian. Jika perlu, berbelanjalah lebih sedikit untuk beli pakaian yang sesuai untuk muslimah. Isya Allah, selepas sepuluh tahun generasi wanita melayu Islam akan komited dengan penutupan aurat. Memang bagus pakai tudung, tapi lebih bagus kalau menutup aurat.

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: