Ajarlah mereka.

Bismillahi walhamdulillah. 

Melangkah kaki masuk ke kedai gunting, saya nampak si tukang gunting bersalaman dengan seorang lelaki dan dua orang gadis. “Mungkin anak-anak buah dia”, bisik saya kepada isteri. Sambil menunggu giliran saya bertanya, “tadi tu anak buah ke, Karim?” “Itulah masalahnya ustaz. Tadi tu kawan lama saya dengan anak-anak dia. Saya tak nak salam, tapi dia orang dah hulur tangan, terpaksalah saya sambut. Sebab tu ustaz,  saya jarang pergi kenduri kendara. Sebabnya, nanti kena salam dengan bukan mahram, termasuklah tuan rumah nak bersalaman dengan isteri dan anak dara saya yang sorang tu,” jelas Karim dengan panjang lebar.

Saya jelaskan kepada Karim; Sampai bila kita nak mengelakkan diri dari menghadiri majlis kenduri atau tidak memenuhi undangan mereka, semata-mata kerana tidak mahu bersalaman dengan bukan mahram? Pasti ada jalan. Saya mencadangkan kepadanya beberapa cara. Pertama, jika tuan rumah yang bukan mahram hulur tangan, letak tangan di dada sambil tundukkan sedikit kepala, macam pelayan hotel menyambut tetamu. Kedua, berterus terang dengan mengatakan; maaf, bukan mahram tak boleh salam. Dengan berterus terang kita akan lebih selamat dan mereka akan tahu pendirian kita. Lebih penting, kita dapat mengajar mereka tentang halal haram yang perlu dipatuhi.

Kekurangan kita pada masa ini, ialah tidak mengajar atau mendidik masyarakat. Sedangkan kalau kita ajar mereka untuk kali pertama, mereka akan faham untuk kali seterusnya. Mereka juga akan lebih mengenali prinsip dan pegangan kita dalam hal-hal tertentu, contohya bersalaman antara bukan mahram tadi. Kita tidak boleh cenderung untuk menghukum masyarakat, atau menganggapnya adalah lumrah kehidupan masa kini. Ajar itulah antara bentuk dakwah kita kepada mereka.

” Betul tu ustaz. Saya setuju, kita kena ajar dia orang. Saya dapat satu ilmu hari ni. Sebab tu saya suka sembang dengan ustaz,” respon Karim. Nampaknya proses pengajaran dan pembelajaran saya petang itu menjadi. Sebelum beredar saya suruh Faiz dan Maryam (masing-masing 6 dan 5 tahun) bersalaman dengan Karim sebagai tanda hormat. Karim menyambut tangan Faiz, tapi menolak untuk bersalaman dengan Maryam sambil berkata, “ayah kau dah ajar tadi, jangan bersalaman dengan bukan mahram.” Saya dan isteri tersenyum. Hati saya berkata, nampaknya ada lagi yang perlu diajar…

Sekurang-kurangnya melalui perbualan tadi saya telah mengajar Karim cara untuk berdakwah dan menyelesaikan masalahnya. Semoga dengan itu, dia tidak lagi mengelak untuk hadir ke majlis-majlis kenduri dsb.

Wallahu a’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: