Toleransi dalam muamalat

Bismillahi walhamdulillah.

Dari Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; Mudah-mudahan Allah merahmati orang yang bertoleransi ketika menjual, membeli dan meminta haknya dari orang lain. (Al-Bukhari, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Huraian hadis

  1. Islam menganjurkan umatnya berkasih sayang bukan sahaja sesama manusia, bahkan sesama makhluk Allah semuanya. Pernah suatu ketika nabi SAW bersabda;Kamu semua tidak akan sempurna iman sehinggalah kamu berkasih sayang. Sahabat bertanya; Wahai Rasulullah! Kami semua adalah orang yang berkasih sayang. Baginda menjawab; Yang dimaksudkan bukannya salah seorang kamu menyayangi sahabatnya sahaja, tetapi kasih sayang secara umum (At-Tabarani).
  2. Setiap muslim mesti menerima Islam secara menyeluruh, bukannya mengambil bahagian yang disukainya sahaja seperti kasih sayang dan toleransi ini. Memang benar rahmat dan kasih sayang adalah antara intipati Islam, tetapi bukan itu sahaja. Sampai masanya perlu kepada kekuatan dan kekerasan. Sebagai contoh dalam berdakwah; ada orang yang hanya akan berubah apabila menerima teguran keras tanpa berlapik atau berlembut.
  3. Orang yang bertoleransi dalam menunaikan haknya akan dirahmati Allah dan boleh meredakan kemurkaan Allah terhadapnya. Berikut adalah maksud toleransi di dalam hadis:
    1. Toleransi dalam menjual seperti ramah melayan pelanggan, tidak mengambil untung yang berlebihan apatah lagi curang dari segi kualiti dan kuantiti. Rasulullah pernah menegur orang yang mencampurkan gandum basah dengan yang kering dengan sabda baginda; Sesiapa berlaku curang, dia bukan dari kalanganku (Ahmad, Ibnu Majah). Teguran baginda diperkuatkan dengan amaran berikut; Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, para pedagang dibangkitkan kembali dalam keadaan sebagai orang-orang zalim, kecuali pedagang yang bertakwa kepada Allah, berbuat baik dan jujur (Tirmizi).
    2. Toleransi dalam membeli seperti tidak terlalu berkira dengan barang yang dibeli dan tidak terlalu menawar harga terutama jika peniaga seorang yang miskin. Jika pembeli membayar mengikut harga yang disebut sedangkan dia mampu memohon agar dikurangkan harga, maka itu dikira sebagai sedekah secara sembunyi.
    3. Toleransi dalam menuntut hak seperti tidak terlalu mendesak orang yang berhutang dengannya membayar hutang atau memaafkan orang yang memohon tangguh lantaran masalah kewangan. Abu Hurairah meriwayatkan; Ada seseorang yang biasa memberi hutang kepada orang lain, ia berpesan kepada pembantunya yang mengutip hutang; Jika kamu mendatangi orang yang kesulitan, maka maafkan ia. Mudah-mudahan Allah memaafkan kita. Kemudian orang itu meninggal dunia, Allah pun berkenan untuk memaafkannya. (Bukhari, Muslim)

Wallahu a’lam

Rumusan kuliah di Surau Al-Hidayah 7 Januari 2011

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: