Antara hukum dan pendidikan

Bismillahi walhamdulillah

Pada perhimpunan mingguan lepas, saya mengiringi Puan Pengetua untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid Tingkatan Satu yang memenangi acara dipertandingkan sepanjang Minggu Orientasi. Sebagai murid yang baru melangkah masuk ke sekolah menengah, mereka masih tebal dengan adab seperti mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan orang yang lebih tua. Sehinggakan murid lelaki terbawa-bawa kebiasaan mereka semasa sekolah rendah dahulu, iaitu hendak bersalaman dengan Puan Pengetua. Alhamdulillah, sebagai pengiring, saya sambut salam mereka sebagai ganti Pengetua.

Dari sudut hukum fiqh, tidaklah menjadi kesalahan murid yang belum baligh untuk bersalaman dengan guru-guru mereka. Sebagaimana diharuskan kanak-kanak bersalaman dengan orang yang lebih tua dari mereka. Tidaklah seperti disalah fahamkan oleh Karim dalam tulisan saya sebelum ini. Namun dari sudut pendidikan dan memperkenalkan murid dengan menjaga adab bersosial, mereka tidak dibenarkan bersalaman dengan guru bukan mahram. Jika mereka terbiasa, susah untuk meninggalkannya, apatah lagi umur baligh berbeza antara lelaki dan perempuan dan antara seseorang dengan yang lain.

Contoh lain, pernah seorang murid datang bertanya; Ustaz, boleh tak kami guna gitar dalam persembahan Hari Guru nanti? Saya jawab, tidak. Memang ada ulamak yang mengharuskan alat muzik, lebih-lebih lagi jika tidak melalaikan. Tetapi dalam konteks pendidikan, keharusan tadi tidak diguna pakai.

Biarlah mereka berpegang dengan dasar umum terlebih dahulu seperti lelaki tidak boleh bersentuhan dengan perempuan, tidak boleh guna alat muzik, wajib menutup aurat dan solat sebaik-baiknya secara berjamaah dan pada awal waktu dsb. Kerana adalah lebih baik mereka menjauhkan diri dari bersentuhan lelaki dan perempuan, meninggalkan muzik, sentiasa menutup aurat dan solat awal waktu, daripada bermudah-mudahan bersalaman kerana kononnya nak jaga hati VIP, longgar dalam bab aurat kerana keliru dengan status saudara-mara, leka dengan alunan muzik kerana anggap semua muzik harus ataupun melewat-lewatkan solat dengan alasan waktu solat itu panjang.

Kepada para pemimpin atau pendakwah yang menjadi contoh teladan, mereka tidak semudahnya berpegang dengan hukum harus tadi, tetapi mereka perlu lebih halus dan teliti dalam bertindak kerana setiap tindakan mereka akan menjadi panduan masyarakat. Biarpun harus, tapi fikirkan implikasinya. Jika tidak mereka akan tersasar jauh atau keliru… Akibatnya, jika guru kencing berdiri, murid kencing berlari!

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: