Pengecut rupanya aku!

Bismillahi walhamdulillah…

Suatu malam, semasa menuruni bukit, saya berselisih dengan sebuah kereta yang tidak memasang lampu. Kepantangan saya tu, sebab menyusahkan orang dan boleh menyebabkan kemalangan. Tak boleh dibiarkan, mesti tegur ni- saya nekad. Kebetulan kereta itu berhenti tidak jauh dari saya. Sayapun turun mendekati kereta tersebut dan ternyata pemandunya seorang pemuda bertatoo di lengan! Tiba-tiba penumpang di sebelahnya membuka pintu dan terus keluar. Habislah aku, bisik hati saya. Rupa-rupanya dia menuju ke kereta kawannya yang berada selang beberapa buah kereta. Alhamdulillah, lega… Sambil berdiri di sisi pemandu saya bertanya; Brother, apasal tak pasang lampu? Dia menjawab, soli ma, soli… ringkas. Sayapun terus beredar. Mission accomplished!

Perasan saya bercampur-campur. Puas hati, kerana hasrat saya tercapai. Lega, kerana tidak diapa-apakan. Insaf, kerana dapat ‘belajar berdakwah’.

Takrif mungkar

Kalau tidak ada siapa yang ambil peduli, dia akan rasa perbuatannya itu betul dan tidak menyusahkan orang lain. Maka perlu ada dalam kalangan masyarakat orang yang mencegah kemungkaran. Tak pasang lampu kereta tu mungkar ke ustaz? Ya, memang mungkar. Kerana mungkar ialah semua perkara yang tidak direlai oleh syarak, meskipun tidak mendatangkan dosa kepada pelakunya. Teliti kembali takrif tadi, jangan keliru.

Mungkin ada yang peduli, tapi tak berani buat apa-apa. Lantaklah, asalkan dia orang tak akacau aku! Buat apa cari gaduh. Orang berani tidak akan berkata demikian. Kata-kata ini hanya akan terbit dari seorang pengecut, yang cepat mengalah sebelum mencuba. Selepas memberanikan diri menegur pemandu tadi saya dapat satu kesedaran dan kekuatan. Sedar bahawa selama ini saya pengecut untuk menegur kemungkaran yang berlaku, dengan pelbagai alasan yang tidak konkrit. Juga kekuatan bahawa kalau tercatat di Lauh Mahfuz saya tidak akan ditumbuk- pasti saya tidak akan diapa-apakan.

Lama-lama jadi bukit

Terbukti, dengan sedikit usaha mendekati manusia, kata-kata yang disusun, teguran yang diberi- boleh menyedarkan orang lain. Alangkah indahnya jika semua orang pakat berdakwah sedikit demi sedikit sehingga terkumpul kebaikan pada seseorang sampai dia berubah. Berbeza dengan dipendamkan rasa benci lantaran malas yang diperkuatkan dengan takut.

Itu secebis kisah saya, anda pula bagaimana. Ada berani? Kepada para pendakwah, tidak memadai usrah yang anda hadiri, tetapi terjun dan selamilah lubuk masyarakat untuk memimpin mereka. Moga Allah ampuni segala dosa kita. Wallahul musta’an…

Wassalam.

5 Respons

  1. Dalam kehidupan perlu ada cabaran dan setiap cabaran untuk mendewasakan kita semua, kalau tidak ada cabaran bererti kita mudah sangat salahkan orang lain.

  2. bertukar pendapat itu baik walaupun sehebat mananya kita dalam mencari ilmu dan menghuraikan permasalahan hidup

  3. […] ini saya ada menulis tentang penakut di bawah tajuk Penakut rupanya aku!. Kali ini akan saya gandingkan dengan […]

  4. […] ini saya ada menulis tentang penakut di bawah tajuk Penakut rupanya aku! Kali ini akan saya gandingkan dengan […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: