Jagalah nama baik penganjur

Bismillahi walhamdulillah.

Dianggarkan 3600 orang menghadiri KEMM. Sebahagian besarnya adalah belia.

Sabtu, 29 Januari. Awal pagi lagi saya dah bertolak ke Universiti Teknikal Melaka. Supaya sampai sebelum 7.30 pagi seperti diarahkan, saya memecut 120-130kmj. Kereta baru, takde masalah! Saya ditugaskan  sebagai pengiring kepada pembentang pertama, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Yusof bin Hashim, Naib Canselor KUIM yang akan membentangkan tajuk Kegemilangan Empayar Melayu Melaka. Siapalah saya untuk mengiringi ahli akademik yang hebat ini. Mujur ada Dr. Badrul UMP dan saudara Aminudin S/U yang melayan beliau. Tugas saya hanyalah sebagai ‘bawab’ mengiringi beliau ke tempat duduk VIP, ke bilik rehat selepas pembentangan, tunggu sampai habis minum dan akhirnya iring ke kereta untuk pulang. Itulah yang saya faham bidang tugas diberi dan Alhamdulillah dapat saya sempurnakan.

Setiap orang perlu melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya tanpa berkira sama ada glamour atau tidak, ada class atau standard dsb. Kegagalan berbuat demikian akan menggganggu perjalanan majlis lebih-lebih lagi jika berpunca dari kita. Setiap tugas adalah penting, jika tidak, nescaya tidak disenaraikan. Kita saling melengkapi dan ganjaran diberi berdasarkan keikhlasan. Bukan saja perlu berusaha agar tugas selesai, tetapi berkesan dan tidak mencemarkan imej organisasi yang menganjur.

Keyakinan kepada organisasi dan objektif sesuatu aktiviti adalah penting. Jika tidak, orang yang diamanahkan tidak akan menjalankan tugasnya dengan berkesan.

Bayangkan

Bayangkan jika saya buat acuh tak acuh, dengan datang lewat contohnya. Pasti pegawai yang mengurus kelam kabut dan terpaksa mencari pengganti. Kemudian biarkan si penceramah,  mungkin dia tidak tahu di kerusi mana nak duduk. Lepas ceramah, ke mana nak tuju. Dan bila balik, dibiarkan bagai orang yang tidak berjasa. Kesannya, akan mengganggu perjalanan majlis, konsentrasinya terganggu dan moodnya lari. Silap-silap lain pula tajuk yang disampaikan! Sekurang-kurangnya bila disambut akan memberi tanggapan baik tentang penganjur. Bila diiringi sampai ke kereta, penceramah akan rasa dia dihargai. Dengan itu nama organisasi tetap terpelihara.

Saya pernah hadiri satu majlis yang grand peringkat negeri, ribuan orang menghadirinya. Tapi bila tetamu utama berucap, tidak jelas butirannya. Yang jelas hanyalah bunyi muzik. Rakan-rakan yang hadir mengutuk, meskipun kami diberi makan.  Natijahnya, imej penganjur tercemar, sedangkan ratusan ribu ringgit telah dibelanjakan!

Kesimpulannya, sempurnakanlah tugasan diberi. Demi kelancaran majlis, nama baik kita dan nama baik pengajur.

Wassalam.

Satu Respons

  1. […] tulisan sebelum ini, saya menyentuh tentang perlunya orang yang dipertanggung jawabkan melaksanakan tugas masing-masing dengan berkesan. Tanpa mengira sama ada tugasan itu dipandang remeh, apatah lagi jika besar. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: