Terima kasih… Alza!


Bismillahi walhamdulillah…

Duduk sahaja atas kerusi gunting, saya terus bercerita kepada Karim; “Tadi ada sebuah Alza baru, nak keluar dari Warisan Puteri, laju semacam. Lepas tu nak masuk jalan besar, tak berhenti atau bagi signal. Takut berlanggar, sayapun bagi hon. Alza tu perlahan, follow belakang saya, kemudian potong dan terus pecut.” Saya tunggu respon Karim. Biasanya dia akan terus bagi ulasan, tapi hampir tiga empat minit dia membisu aje. Ada yang tak kena ke? Tidak lama kemudian dia bersuara; “Dunia Bang! Saya fikir-fikir, lebih baik kita jaga solat kita aje. Tak payah nak sibuk hal orang lain. Betul tak?” Rupa-rupanya dia sedang berfikir, sayapun jelaskan… Teruskan membaca

Advertisements

Bagaimana doanya mustajab?


Diriwayatkan bahawa ada seorang yang soleh mendengar khabar tentang seorang lelaki yang mustajab doanya. Maka diapun menziarahi orang tersebut dan menjadi tetamunya selama tiga hari. Namun dia tidak mendapati sebarang amalan tambahan yang dilakukannya. Selepas tiga hari, dia bertanya lelaki tersebut, “aku ingin bertanya, apakah rahsia doamu diperkenankan?” Jawab lelaki itu, “itulah dia berkat doa seorang yang tertekan lantaran kelaparan, sedangkan dia tetap benar kepada Allah dalam sujud dan rukuk, maka Allah kabulkan  impiannya dan perkenankan doanya.”

Orang soleh itu bertanya, “bagaimanakah itu berlaku?” Lelaki itu menjelaskan, “ketika itu manusia dilanda kemarau. Suatu malam datanglah seorang wanita yang cantik jelita mengetuk pintu rumahku meminta makanan. Teruskan membaca

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat DUN Rantau


20 Februari, Ahad: Awal pagi lagi saya sudah bertolak ke pekan Rantau yang terletak kira-kira 5km selepas sekolah. Alhamdulillah, sampai awal dan suasana masih lengang. Tahun lepas saya tak dapat sertai, tak ingat pula sebab apa.  Jam 8.00 pagi kami berhimpun di Padang Awam Rantau. YAB Menteri Besar melawat setiap kontinjen. Sampai di hadapan kontinjen kami, Tok Mat memaklumkan bahawa nama sekolah kami tidak lagi SMRA, tetapi SMA sahaja- tanpa perkataan Rendah. Mungkin tak lama lagi sampai la surat pemakluman tu. Teruskan membaca

Sambutan Maulidur Rasul SAW 1432H Peringkat SMRA Rantau


Bismillahi walhamdulillah..

Jumaat 18 Februari, SMRA Rantau telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat sekolah. Sambutan bermula dengan bacaan Yasin, perarakan dari sekolah menuju ke Masjid Kuala Sawah dan berakhir dengan ceramah oleh Al-Fadhil Ustaz Sharizan bin Ibrahim (Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JHEAINS).

Untuk sambutan tahun lepas, boleh klik di sini–> Sambutan Maulidur Rasul SMRA 1431H

Teruskan membaca

Masjid, kaki masjid dan pengurus masjid.


Bismillahi walhamdulillah.

Salah satu golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak ialah

وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالْمَسَاجِدِ

“…dan lelaki yang hatinya terikat dengan masjid…” (Bukhari, Muslim). Terikat dengan masjid bermaksud  selalu mengunjunginya untuk iktikaf, beribadah, solat berjamaah atau mengikuti majlis ilmu. Juga termasuk dalam erti terikat ialah rindu untuk berada dalam masjid apabila ada aral yang menghalang. Kerana ada orang yang terhalang untuk ke masjid lantaran sakit atau hujan lebat contohnya, tetapi tidak pula merasa rindu atau rugi tidak dapat ke masjid macam biasa. Sebaliknya berkata, “Alhamdulillah, hujan. Tak payah pergi masjid!” Teruskan membaca

Ramai susah, sikitpun susah… Apa yang cikgu nak?


Bismillahi walhamdulillah…

Bersama Us. Zuhaidi PK1 dan Us. Faizal Guru Disiplin. Sempena perhimpunan Hari Guru 2010 Peringkat Negeri Sembilan.

Kerjaya sebagai guru memang mencabar dan menyeronokkan. Dahulu, umum beranggapan kerja sebagai guru ringan, separuh hari dan banyak cuti. Itu dulu, tidak sekarang. Termasuklah saya sendiri yang asalnya tidak berminat menjadikan guru sebagai kerjaya. Alasannya, tidak selesa memakai baju masuk ke dalam! Tetapi sekarang, semua itu sudah berubah. Saya berusaha dan terus berusaha menghayati kerjaya ini dan memperbaiki diri supaya dapat mendidik anak bangsa menjadi insan berguna, kepada agama dan tanah air. Juga, sebagai sebahagian saham akhirat. Teruskan membaca

Rahsia masakan sedap


Bismillahi walhamdulillah…

"Wahai orang-orang beriman, makanlah dari yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepada kamu..."

Minggu lepas saya sempat berbual panjang dengan seorang pakcik yang pandai memasak dan berpengalaman mengusahakan kantin di sebuah kilang yang mayhur di Klang. Menurutnya, pihak pengurusan kilang tersebut yang diterajui oleh rakyat asing (Korea) selalu merungut tentang masakannya yang ‘tidak sedap’ pada tekaknya. Perkara ini berlarutan beberapa bulan dan beliau sendiri pernah mengadap pihak pengurusan untuk menerima komplen.

Selesai satu masalah

Suatu hari, seorang lelaki Cina yang selalu mengambil sisa makanan di kantin tersebut menawarkan diri membantu; “Pakcik bagi saya dua puluh Ringgit. Lepas ini mesti sedap”. Teruskan membaca

%d bloggers like this: