Sesiapapun boleh bagi nasihat

“Ustaz, budak-budak form one tak pandai solat,” adu seorang murid tingkatan

Solat zuhur secara berjamaah, antara cara membina syakhsiah murid-murid SMRA Rantau.

lima kepada saya. “Dia orang datang lambat, tapi bagi salam sama dengan imam. Ada tu, datang lambat jugak, tapi kejar imam,” jelasnya. Saya sambut, “ustaz tahu, sebab itu semalam ustaz dah terangkan hukum makmum yang masbuq. Tapi, mungkin ada yang kurang faham. Tugas kamu la sebagai abang untuk tolong adik-adik tu.” “Saya dah suruh dia orang solat balik. Tu dia, budak yang sedang solat tu,” sambil tangannya menunjuk ke saf belakang. “Baguslah kalau kamu dah tegur dan ajar dia. Memang itulah yang sekolah mahukan. Abang dan kakak bagi tunjuk ajar kepada adik-adik.” Kami bersalaman dan saya terus naik ke pejabat.

Melepaskan kewajipan memberi nasihat

Sebenarnya si abang tadi, tidaklah termasuk dalam kalangan murid terbaik di sekolah. Sederhana sahaja, bahkan tidak kurang masalah yang dia timbulkan. Sama ada dalam kelas, luar kelas mahupun penampilan diri. Kalau diikutkan hati, nak saja saya katakan pada dia; awak tu apa kurangnya! Tapi, bukan itu atau begitu ajaran Islam. Kebenaran perlu diterima, tidak kira dari siapa datangnya. Sekurang-kurangnya dia telah melaksanakan kewajipan amar makruf nahi mungkar yang termampu dan berhasil. Dia lebih baik dari orang lain yang nampak kepincangan, tapi membiarkannya sahaja. Dia rasa terpanggil untuk membetulkan kesilapan orang lain, sekadar ilmu yang dimilikinya.

Pendekatan yang sesuai

Untuk memastikan nasihat berkesan, nasihat perlu diberi dalam bentuk yang sebaik mungkin. Sesuai dengan orang yang dinasihat agar dia boleh menerimanya. Kadang-kadang kebenaran yang kita bawa tidak diterima orang, kerana kaedah yang digunakan tidak sesuai dengan orang atau suasana. Maka kitapun gunakan kekerasan dengan mengecam, mengutuk dan memperlekehkan orang yang tidak mahu terima kebenaran. Lebih-lebih lagi kebenaran yang kita bawa berhujahkan quran dan hadis. Bertambah hebatlah kita mengecam orang yang tidak mahu mengikut nasihat kita, sebab mereka tolak quran dan hadis! Sebab itu kita biasa dengar, “aku bukan tak nak terima nasihat dia. Tapi cara dia tu yang aku tak berkenan.” Pada pendapat saya, kita  mungkin menang hujah, tapi kalah pendekatan.

Peribadi si pemberi nasihat

Selain pendekatan, orang yang memberi nasihat hendaklah selari dengan nasihat diberi. Jangan sampai ‘cakap tak serupa bikin’! Kaedah yang betul, diberikan oleh orang yang layak, pasti nasihat akan meninggalkan kesan yang mendalam. Mudah diterima oleh orang yang dinasihati. Tidak ada alasan untuk menolak nasihat apabila disertakan hujah yang kuat, pendekatan yang sesuai dan disampaikan oleh orang yang baik-baik; kecuali bila nafsu telah menguasai. Contohnya, perokok menasihatkan orang lain supaya jangan merokok. Memang susah untuk diterima.

Antara pendekatan dan kewajipan

Jangan silap, itu kalau kita bincangkan keberkesanan nasihat atau dakwah. Tapi dari segi kewajipan memberi nasihat, semua orang tidak terlepas. Sama ada orang itu ada kemahiran atau kelayakan, tetap wajip memberi nasihat atau berdakwah. Orang yang dinasihati pula janganlah sombong atau berkeras sangat. Janganlah semata-mata salah pendekatan,  sehingga sanggup menolak kebenaran.

Dalam kisah si abang tadi, dia telah melepaskan kewajipan nasihat dan dakwahnya, walaupun dia sendiri bukanlah dari kalangan yang terbaik. Sekurang-kurangnya dia telah melepaskan kewajipan atas dirinya, bagaimana pula dengan kita. Dah terlepas atau belum? Sebab, sesiapapun boleh dan mesti beri nasihat… Alangkah indahnya jika semua orang menghayati pesanan nabi SAW; agama itu nasihat.

Wallahu a’lam. Wassalam.

 

Satu Respons

  1. […] Klik: Coretan tentang nasihat. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: