Majlis Perpisahan Puan Noormaah

Bismillahi walhamdulillah…

2 Februari, Rabu: Sebagai simbolik perpisahan dan mengenang jasa Puan Noormaah bt. Haji Mansor, mantan Pengetua SMRA Rantau, PIBG telah menganjurkan majlis perpisahan untuk meraikan beliau di Restoran Sri Aden, Warisan Puteri. Majlis dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa PIBG dan guru-guru. Majlis ringkas tetapi penuh bermakna khususnya untuk yang diraikan. Slide show yang disediakan oleh Ustaz Faizal menyentuh perasaan, mengimbau kembali nostalgia pengetua  di bangunan sekolah lama sehinggalah saat-saat akhir di bangunan baru.

Semua tunjuk ajar beliau sepanjang berkhidmat di sekolah akan dijadikan pedoman buat kami yang tinggal. Semoga beliau akan sentiasa berjaya di sekolah baru (SK Labu Ulu) dan menabur bakti di mana jua berada serta dipermudahkan Allah dalam semua urusan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: