Kasut! Oh, kasut!

Bismillahi walhamdulillah…

Beberapa tahun lepas saya mengalami sakit kaki. Selepas bertemu Pak Ngah, seorang tukang urut di Shah Alam, beliau menasihati saya supaya bertukar kepada kasut yang lebih selesa walaupun mahal sedikit. Menurut Pak Ngah,  kita sanggup belanjakan ratusan ringgit untuk baju dan seluar. Tetapi, pakai kasut atau selipar murah. Sedangkan di tapak kaki  terletak urat saraf kita. Lepas tu, saya terus cari kasut baru dan terbukti selang beberapa hari… kaki saya tak sakit lagi. Alhamdulillah…

Biar derita, asalkan bergaya!

Memang betul, ramai dari kalangan kita yang mementingkan gaya atau penampilan, tapi tidak sedar diri sedang menderita.  Contohnya memakai kasut yang tidak sesuai dengan bentuk kaki. Terimalah hakikat bahawa orang berkaki lebar (macam saya!) tidak boleh memakai kasut bermuncung tirus. Begitu juga dengan memakai kasut bertumit tinggi atau bertapak keras. Apa kaitan kasut dengan dosa dan pahala? Mudah sahaja, umum megetahui bahawa Islam melarang kita memudaratkan diri. Jika kita dah tahu pemakaian kasut yang tidak sesuai boleh memudaratkan, maka tinggalkanlah. Kalau tidak, kita berdosa!

Kasut mahal, solat tak khusyuk!

Masalahnya, bila pakai kasut yang selesa (biasanya mahal), agak susah nak khusyuk dalam solat. Ini khusus untuk orang yang solat berjamaah di masjid, tidak ada kena mengena dengan orang yang solat di tepi meja pejabat. Apatah lagi yang langsung tak solat. Setiap kali nak solat berjamaah, pasti kasut mahal tadi jadi masalah. Bimbang ada yang ‘minat’. Kalau di Mesir dulu, kami akan bawa  kasut masuk dalam masjid. Tak timbul masalah khusyuk (dalam bab kasut).

Kasut mahal, tapi kopiah ‘kopam’!

Satu lagi, biarlah seimbang. Jangan kasut saja mahal, tapi bila solat pakai songkok yang dah kemek atau kopiah yang dah kuning bertahi lalat. Memang betul, Allah Taala takkan bising kalau kita pakai macam itu, tapi kalau kita boleh belanja lebih untuk jaga penampilan depan manusia, mengapa tidak kita  berbelanja lebih sedikit untuk beribadah kepada Allah.

Bersyukurlah atas nikmat Allah

Bila dah pakai kasut, jagalah kasut tu supaya nampak bersih. Sebab bila kita berinteraksi dengan orang lain, antara objek yang menarik perhatian mereka ialah kasut. Saya pernah jumpa orang yang penampilannya kemas, tapi fail pada kasut. Potong markah! Juga, peliharalah kaki anda yang merupakan salah satu dari nikmat Allah. Gunakan kasut yang sesuai dengan kaki; tidak ketat dan bertapak lembut. Belanjalah lebih sedikit untuk jaga anugerah Allah tadi, sebagai tanda mensyukuri nikmatnya… Syukur nikmat kaki dan syukur nikmat gaji.

Wallahu a’lam.

2 Respons

  1. salam ustaz..

    wah…glamer kasut2 tu.
    tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula kasut🙂

    • Salam Rizal.
      Kadang-kadang saya pakai juga kasut no.1 tu. Yang no.2 mungkin saya tak akan pakai lagi. Yang no.3 anak saya pakai. Kaki anak dah sama besar macam bapak! Yang no.4, pastilah… bini baru!
      Syukran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: