Kawalan keselamatan di Vila Suria

Bismillahi walhamdulillah.Operasi... Hujan lebat, tapi rami yang datang membayar yuran. Alhamdulillah...

Tulisan ini sebagai respon kepada komentar salah seorang penduduk Vila Suria tentang khidmat kawalan keselamatan melalui blog Persatuan Pemilik Vila Suria. Saya terpanggil untuk menulis kerana saya salah seorang yang dijemput hadir dalam mesyuarat AJK PPVS atas kapasiti sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria (JKPSVS). Juga kerana saya juga salah seorang penduduk yang membayar yuran tanpa tunggakan.

Pertamanya, tahniah kepada sesiapa jua yang ada rasa kebersamaan untuk menjaga keselamatan dan kemakmuran taman yang didiaminya. Dan kebersamaan itu dibuktikan melalui penglibatan diri sama ada secara aktif, kurang aktif atau memerhati dari jauh tanpa mendatangkan masalah. Sebab, ada orang yang hanya memerhati dari jauh dan bila dia bersuara timbul masalah.

1. Setahu saya pengawal ada membuat rondaan sekitar taman. Cuma mungkin ada sedikit kelalaian, boleh semak clocking mereka dan perlu ditegur. Adalah mustahil untuk pengawal berkawal setiap masa di hadapan setiap rumah memandangkan kawasan taman kita luas. Penceroboh bijak, mereka tidak akan masuk ketika pengawal dilihat meronda. Budak sekolah rendahpun tahu!

2. Selain membuat rondaan, mereka juga menjaga laluan masuk. Alhamdulillah, dengan pemasangan sistem touch and go, kemasukan lebih terkawal. Diharap penduduk yang belum bayar yuran, segeralah buat demikian. Tak perlulah sampai guna peguam untuk paksa bayar.

3. Mungkin ada yang mencemuh; “Ada jagapun tak guna. Rumah kena samun juga. Baik tak payah ada jaga. Jimat duit!” Janganlah mudah lupa. Bukankah kita diperintahkan Allah supaya berusaha? Maka khidmat pengawal itu adalah salah usaha kita dan kita dapat pahala dengan setiap RM yang dihulurkan. Satu lagi, dalam keadaan ada jaga- sehingga sekarang dalam tempoh dua tahun – tiga rumah telah disamun, lebih kurang lima buah dimasuki atau cuba dimasuki. Memang banyak. Tapi, bayangkan kalau tidak ada jaga, kiralah sendiri berapa banyak yang kena samun, dimasuki, hilang motor, hilang kasut dsb.

4. Kiaskanlah dengan polis yang menjaga keamanan. Walaupun negara kita ada polis, tapi jenayah tetap ada dan berleluasa. Kalau begitu, mengapa tidak kita katakan; Tak payahlah ada polis, sebab jenayah masih ada.

5. Janganlah harapkan sepenuhnya kepada AJK untuk memikir dan melaksanakan aktiviti keselamatan taman. Setiap ahli adalah bertanggung jawab, sekurang-kurangnya salurkanlah pendapat atau cadangan agar ada penambahbaikan dan perubahan (seperti diharapkan). Sebagai contoh apa yang boleh kita buat kepada penduduk yang tidak membayar yuran, sedangkan dia tinggal bersebelahan dengan kita.

6. Inilah namanya kehidupan, penuh dengan ujian dan tidak selamanya indah. Bergantung kepada kebijaksanaan kita menghadapinya. Setiap tindak tanduk harus menjadi ibadah dan jangan dipisahkan dari ikatan dosa dan pahala. Siapa berbakti dengan ikhlas akan diberi pahala. Siapa yang bersuara demi kebaikan juga akan dapat pahala. Adapun orang yang berdiam diri, tidak bermakna dia selamat. Kerana agama itu adalah nasihat -maksud hadis.

Sekian pandangan saya, sebarang terkasar bahasa mohon maaf, salah silap mohon ditegur dan saya bersedia untuk itu.

Wassalam.

6 Respons

  1. salam ustaz.

    begitulah ragam manusia.

    solat yang menjadi JAGA (mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar) pun diremeh dan di sambil lewakan oleh ramai dari kita.inikan pula sistem yang di reka manusia….

    tapi benda yang selalu kita remehkan/sambil lewakan inilah sebenarnya yang menyelamatkan kita.

    (peringatan utk diriku yg selalu lupa)

  2. salam Ustaz,,
    saya tiada masalah dengan sistem keselamatan di VS ni.malangnya saya menghadapi masalah dengan penghuni (penghuni2??) yang memelihara kucing tetapi dibiarkan berkeliaran.masalah najis kucing adalah masalah di rumah saya yg tidak membela binatang kesayangan nabi tu..sekali 2 boleh dibersihkan,tetapi bila hampir setiap hari terjadi,saya terpaksa mengehadkan pergerakan anak2 di keliling rumah.kalau ustaz boleh bangkitkan isu ni dalam mesyuarat ajk,terima kasih banyak diucapkan.

    • Salam.
      Saya simpati dengan masalah menimpa. Ujian tu… AJK akan bermesyuarat lagi sekali, tetapi khusus untuk membincangkan persiapan mesyuarat agung persatuan. Rasanya boleh ditimbulkan isu ini dalam mesyuarat agung tu kelak. Sama-sama kita berdoa agar Allah pelihara komuniti kita dari sebarang persengketaan.

  3. kadang2 memelihara kuncing jadi haram hukumnya krn menganggu org lain, atau bgmn ustaz

    • Memelihara kucing itu tidak haram, tetapi ‘perkara yang mendatang’ itu yang dilarang iaitu mengganggu keselesaan jiran. Fikir-fikirkanlah… Sedangkan nabi pernah bersabda; Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jirannya. (Muttafaq alaih). Nampaknya kita perlu berterus terang sebagai tanda kasih kepada jiran tersebut, agar kucingnya tidak menjadi penyebab dia mendapat kemurkaan Allah. Kalau benar kita kesiankan jiran, nasihatkanlah. Memang berat, tapi itulah hakikat kehidupan. Ada berani? Kalau tidak, kita bersabar dan berdoalah… KITA; maksudnya saya dan anda. Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: