Ramai susah, sikitpun susah… Apa yang cikgu nak?

Bismillahi walhamdulillah…

Bersama Us. Zuhaidi PK1 dan Us. Faizal Guru Disiplin. Sempena perhimpunan Hari Guru 2010 Peringkat Negeri Sembilan.

Kerjaya sebagai guru memang mencabar dan menyeronokkan. Dahulu, umum beranggapan kerja sebagai guru ringan, separuh hari dan banyak cuti. Itu dulu, tidak sekarang. Termasuklah saya sendiri yang asalnya tidak berminat menjadikan guru sebagai kerjaya. Alasannya, tidak selesa memakai baju masuk ke dalam! Tetapi sekarang, semua itu sudah berubah. Saya berusaha dan terus berusaha menghayati kerjaya ini dan memperbaiki diri supaya dapat mendidik anak bangsa menjadi insan berguna, kepada agama dan tanah air. Juga, sebagai sebahagian saham akhirat.

Sekolah ganti

Sekolah ganti, ungkapan yang kurang diminati oleh murid-murid, mungkin juga sebahagian guru, kerana mereka terpaksa bersekolah pada hari Sabtu. Tapi mereka lupa, setiap hari sekolah ganti bermakna mereka telah menikmati cuti sebelumnya. Biasa la, manusia mudah lupa.

Maka ramailah murid yang tidak hadir ke sekolah pada hari sekolah ganti tersebut, dengan pelbagai alasan. Antara alasan yang agak popular ialah, cikgu cakap- kalau kamu tak datang sekolahpun tak mengapa! Tidak kurang juga yang buat telahan awal, sekolah ganti tak best, sebab cikgu tak mengajar.

Kempen senyap

Anak murid sentiasa mengharapkan tunjuk ajar guru

Tak semangat betul nak mengajar hari ni. Budak datang empat orang aje!, antara keluhan seorang guru.
Mungkin guru ini adalah mangsa kepada kempen senyap guru lain; esok sekolah ganti. Tapi kalau kamu tak datangpun tak ape.
Ayat yang sepatutnya keluar dari seorang guru ialah; esok kita  ada sekolah ganti. Kamu semua kena datang sekolah esok, kita akan belajar macam biasa. Siapa yang tak datang kena bawa surat doktor. Kalau tidak, dianggap ponteng dan akan didenda. Barulah murid-murid semangat untuk datang dan nampak kesungguhan guru untuk mengajar.
Kadangkala kita juga dengar juga rungutan; Budak ramai sangat dalam kelas tu, susah kita nak mengajar. Sebagai seorang guru yang berdedikasi, tidak akan menjadikan bilangan murid dalam kelas sebagai faktor penghalang untuk mendidik. Jika niat ikhlas dan dibawa berbincang, pasti ada jalan penyelesaiannya.
Musykil
Jika murid sikit, susah nak mengajar. Murid ramai, juga susah nak mengajar. Sebenarnya, apa yang cikgu nak?
Tahniah kepada guru-guru yang telah mendidik dengan penuh dedikasi tanpa berkira; masa, tenaga dan wang ringgit. Semoga Allah menjadikan saya dari kalangan mereka…
Wassalam.

2 Respons

  1. salam ustaz.

    sindrom yg sama bg warga kilang di sini.cukup liat utk dtg kerja bagi sabtu ganti.list kedatangan pasti akan ketara perbezaan.tak kira apa jawatan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: