Masjid, kaki masjid dan pengurus masjid.

Bismillahi walhamdulillah.

Salah satu golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak ialah

وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالْمَسَاجِدِ

“…dan lelaki yang hatinya terikat dengan masjid…” (Bukhari, Muslim). Terikat dengan masjid bermaksud  selalu mengunjunginya untuk iktikaf, beribadah, solat berjamaah atau mengikuti majlis ilmu. Juga termasuk dalam erti terikat ialah rindu untuk berada dalam masjid apabila ada aral yang menghalang. Kerana ada orang yang terhalang untuk ke masjid lantaran sakit atau hujan lebat contohnya, tetapi tidak pula merasa rindu atau rugi tidak dapat ke masjid macam biasa. Sebaliknya berkata, “Alhamdulillah, hujan. Tak payah pergi masjid!”

Hadis tadi bukan saja menganjur kaum lelaki supaya melazimkan diri ke masjid agar dapat fadilat naungan Allah kelak. Tetapi mengajak para pengurus masjid (termasuk surau) agar memikirkan cara-cara untuk menambat hati orang  dengan masjid. Contohnya suasana masjid yang kondusif, speaker yang jelas, tandas bersih, karpet tidak berhabuk atau hapak, aktif dengan majlis ilmu, azan dan solat ikut waktu dsb.

Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW perasan ada seorang sahabat yang tidak ada di masjid. Rupa-rupanya beliau sudah meninggal dunia. Lalu baginda menuju ke kubur sahabat tersebut dan mendoakan kesejahteraan untuknya. Baginda turut bersabda,

فعلقوا أنفسكم بالمساجد التي تعلم شرع الله،
فالمساجد تزف إلى الجنة

“maka ikatlah diri kamu dengan masjid yang mengajar syariat Allah,
lantaran masjid mengajak ke syurga.”

Jelas sekali, nabi SAW menggalakkan kaum lelaki ke masjid.  Namun yang tersirat dan perlu disambut ialah usaha menjadikan masjid  tempat yang diminati untuk dikunjungi dan dirindui bila berjauhan. Mesra pengguna, bermaklumat dan memupuk persaudaraan. Maka tidak salah jika sebahagian peruntukan masjid dibelanjakan untuk memikat hati pengunjung seperti jamuan ringan yang tidak berlebih-lebihan.

Nabi juga menyifatkan masjid sebagai tempat mendalami agama Allah. Maka pengurus masjid khususnya, perlu memastikan agar masjid dipenuhi dengan aktiviti meningkatkan kefahaman terhadap agama Islam. Pengisian yang berobjektif sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Bukan sekadar menjalankan aktiviti tradisi yang kadang-kadang tidak menyuntik ilmu dan kefahaman.

Semoga Allah jadikan kita dari kalangan  orang yang selalu ke masjid atau berusaha menjadikan masjid tempat yang diminati atau meramaikan majlis ilmu supaya lebih ramai lagi yang akan datang. Semuanya itu ada ganjaran di sisi Allah.

Wassalam…

Satu Respons

  1. […] Syukurlah ada yang prihatin dengan kebajikan para pengkuliah. Maka suratpun ditampal dengan harapan dibaca oleh Pengerusi dan Bendahari atau AJK yang lain. Hatta orang luar yang tak tahu menahu… Ramai sangat tu! Sepatutnya tujukan terus kepada pengerusi dan bendahari. Takkan tak kenal kot? Tak payahlah main tampal-tampal macam ni. Nampak sangat jauhnya hati-hati kita. Pada hal sesama orang surau tu? Boleh rujuk tulisan saya tentang masjid dan kaki masjid. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: