Bagaimana doanya mustajab?

Diriwayatkan bahawa ada seorang yang soleh mendengar khabar tentang seorang lelaki yang mustajab doanya. Maka diapun menziarahi orang tersebut dan menjadi tetamunya selama tiga hari. Namun dia tidak mendapati sebarang amalan tambahan yang dilakukannya. Selepas tiga hari, dia bertanya lelaki tersebut, “aku ingin bertanya, apakah rahsia doamu diperkenankan?” Jawab lelaki itu, “itulah dia berkat doa seorang yang tertekan lantaran kelaparan, sedangkan dia tetap benar kepada Allah dalam sujud dan rukuk, maka Allah kabulkan  impiannya dan perkenankan doanya.”

Orang soleh itu bertanya, “bagaimanakah itu berlaku?” Lelaki itu menjelaskan, “ketika itu manusia dilanda kemarau. Suatu malam datanglah seorang wanita yang cantik jelita mengetuk pintu rumahku meminta makanan. Aku kata, aku tidak akan berikan kecuali jika engkau menyerahkan tubuhmu kepadaku. Wanita itu menjawab, aku lebih rela mati kelaparan dan tidak mungkin aku berbuat maksiat kepada tuhanku! Lantas diapun pulang dalam keadaan menangis. Kemudian selang beberapa hari dia datang lagi dalam keadaan lapar dan hampir kebuluran meminta makanan daripadaku. Akupun berkata kepadanya, aku tidak akan berikan kecuali jika engkau menyerahkan tubuhmu kepadaku. Wanita itu menjawab, aku lebih rela mati kelaparan dan tidak mungkin aku memaksiati tuhan ku! Diapun pulang dalam keadaan tidak mampu menanggung derita, lantas akupun katakan kepadanya dengan kata-kata yang sama. Dia terus pulang dalam keadaan menangis.

Akupun menghampirinya dan terdengarlah dia berdoa bermunajat kepada Alah Taala. Apabila aku mendengar dia berdoa sedemikian, meresaplah iman dan cintakan kebaikan dalam hatiku. Akupun bertaubat kepada Allah. Aku katakan kepadanya, kembalilah dan ambillah apa yang engkau mahukan semata-mata kerana Allah. Diapun kembali dan ambil apa yang dikehendakinya. Kemudian dia mengangkat tangannya ke langit sambil berdoa, “Ya Allah! Sebagaimana engkau telah beri hidayah kepadanya dan terangi hatinya, maka perkenankanlah doanya dan janganlah engkau kecewakan dia.” Dengan itu, doaku diperkenankan Allah.

Beberapa pengajaran;

  1. Hanya iman yang benar sahaja dapat memelihara kita dari berbuat maksiat kepada Allah.
  2. Orang yang lemah iman akan mengambil kesempatan dari kesusahan orang lain untuk menipu, rasuah dan berlaku zalim. Lebih-lebih lagi jika dia berkuasa!
  3. Orang yang bertaqwa dengan menjaga batas-batas syarak, doanya dimakbulkan Allah dan dilapangkan masalahnya.
  4. Janganlah kita cepat menghukum seseorang kerana Allah Taala berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya.
  5. Janganlah dipandang rendah sesuatu kebaikan. Siapa sangka, kebaikan itulah yang mennginsafkan seseorang sehingga dia berubah.

Wallahu a’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: