Terima kasih… Alza!

Bismillahi walhamdulillah…

Duduk sahaja atas kerusi gunting, saya terus bercerita kepada Karim; “Tadi ada sebuah Alza baru, nak keluar dari Warisan Puteri, laju semacam. Lepas tu nak masuk jalan besar, tak berhenti atau bagi signal. Takut berlanggar, sayapun bagi hon. Alza tu perlahan, follow belakang saya, kemudian potong dan terus pecut.” Saya tunggu respon Karim. Biasanya dia akan terus bagi ulasan, tapi hampir tiga empat minit dia membisu aje. Ada yang tak kena ke? Tidak lama kemudian dia bersuara; “Dunia Bang! Saya fikir-fikir, lebih baik kita jaga solat kita aje. Tak payah nak sibuk hal orang lain. Betul tak?” Rupa-rupanya dia sedang berfikir, sayapun jelaskan…

Nabi ajar kita solat sahaja?

Memang betul nabi ajar kita solat dan tekankan solat itu sebagai tiang agama. Tapi jangan lupa, nabi juga ajar kita suruh orang buat baik, tegah orang buat jahat. Nabi suruh kita berdakwah dan nabi juga suruh kita berperang. Sebab semua perkara itu ada dalam perjalanan hidup nabi SAW. Kita tak boleh ambil satu bahagian saja dari Islam yang nabi ajar, kemudian tinggalkan bahagian yang lain. Elok sangatlah ulangkaji, sempena kita sambut maulidur Rasul ni…

Terima prinsipnya dahulu

Sekurang-kurangnya kita berpegang dan faham prinsip, iaitu kalau ada orang buat salah kita kena tegur. Sebab nabi pesan, kalau kita lihat kemungkaran kita kena ubah dengan tangan. Kalau tak mampu, cegah dengan lidah, kemudian kalau tak mampu lagi, dengan hati. Dengan hati tu, kira iman paling lemah. Ilmu dan prinsip ini kena pegang dulu. Kalau tak buat, itu cerita lain. Itu tanda iman kita lemah, sebab takut nanti orang pulau, tak datang kedai dan lain-lain.

Sama la macam orang perempuan. Bila sebut tentang poligami jangan terus melenting; tidak adil, zalim, penindasan dsb. Sebab poligami itu adalah syariat Allah. Siapa tolak, bermakna dia tolak hukum Allah. Paling kurang, orang perempuan kena terima dulu yang poligami itu ada dalam Islam. Cuma yang mereka susah nak terima, kalau mereka dimadukan. Itu perkara kedua, tak sama dengan orang yang tolak terus poligami.

Terima kasih… Alza

Lepas bertazkirah panjang lebar, Karim bersuara; “Betul tu bang, saya setuju dengan abang. Terima kasih sebab betulkan saya. Sebab tu saya sayang kat abang, lepas ni abang jangan serik datang lagi kedai saya.” Dalam hati saya berkata, akupun kena berterima kasih kat pemandu Alza NCL tu. Kalau dia tak buat perangai tadi, takde la point aku nak bersembang petang ni…

Saya yakin ramai yang berpendapat, jaga diri masing-masing, tak payah cari susah. Sebenarnya fahaman itu salah dan bertentangan dengan syariat Islam. Marilah kita ajak mereka kembali ke pangkal jalan agar selamat dari kemurkaan Allah. Biarlah manusia marah kerana kita menegur, jangan Allah murka…

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: