Patut la kopi dia sedap!


Bismillahi walhamdulillah.

Berita muka depan Harian Metro 25 Mac mengesahkan tulisan saya sebelum ini bertajuk Rahsia Masakan Sedap,  bahawa eleman babi memang menyedapkan makanan. Peniaga itu memang bersalah kerana tidak peka dengan keperluan pelanggannya yang muslim. Namun, pelanggan muslim juga tetap bersalah kerana dengan mudah makan dan minum di kedai bukan muslim tanpa tanda halal yang diakui.

Sudah beroperasi selama 70 tahun tidak boleh dijadikan alasan untuk mengesahkan premis itu menjual makanan yang halal. Setiap muslim harus sensitif sumber makanan yang dimasukkan dalam perutnya. Mungkin alasan diguna pakai; kedai kopi tu penuh dengan orang Melayu, Pak Aji pun ada. Atau, bapak dan datuk kita dulu selalu minum di situ. Atau, Cina tu dah lama berkawan dengan orang Melayu, takkan la dia tak tahu halal haram. Teruskan membaca

Kuliah dengan buku baru


Bismillahi walhamdulillah.

25 Mac, Jumaat: Lebih dua tahun saya menyampaikan kuliah di Surau Al-Hidayah menggunakan kitab Hadis 40 (dah tamat), disambung dengan beberapa hadis pilihan. Payah juga saya nak cari kitab yang sesuai untuk saya kongsikan dengan jamaah surau tersebut. Nak paksa ‘anak murid’ beli buku, tak sampai hati. Maka pada tahun ini, saya bekalkan mereka dengan hadis dan terjemahannya. Sempatlah beberapa hadis saya sediakan. Sekurang-kurangnya bila saya bersyarah, mereka boleh rujuk hadis tersebut. Bila balik ke rumah boleh dikongsi dengan ahli keluarga. Ikut pandai masing-masing. Saya dah sampaikan… Teruskan membaca

Buku: Prinsip Hidup Muslim Sejati


Membeli sambil menderma.

Saya kongsikan sebuah buku karangan sahabat saya, Al-Fadhil Ustaz Mohd. Hazizi bin Ab. Rahman, merupakan salah seorang aktivis ISMA peringkat negeri dan pusat.

Buku ini menghuraikan beberapa prinsip yang mesti menjadi pegangan setiap muslim. Bermula dengan memahami dua kalimah syahadah, hakikat kita beribadah kepada Allah dan akhlak seorang mukmin. Tidak ketinggalan, menyentuh kewajipan amar makruf nahi mungkar yang kian terpinggir. Sesuai untuk menjadi bahan umum termasuk perbincangan para pencinta Islam.

Harga: RM15.00 sahaja. Untuk setiap pembelian, RM3.00 akan dimasukkan ke dalam tabung pembinaan Wakaf  Pembinaan Surau Vila Suria.

Sesiapa yang berhajat, boleh hubungi saya 019-3322677. Wassalam.

Iklan: Seminar Anak Soleh Anak Cemerlang


SEMINAR ANAK SOLEH ANAK CEMERLANG

Untuk ibu bapa dan guru-guru bagi membincangkan masalah pendidikan dan tingkahlaku anak-anak.

Pakar-pakar yang menyentuh isu pemakanan, teori pendidikan Barat vs Islam dan psikologi anak-anak.

Bagaimana membezakan disleksia, autisma daripada kenakalan biasa? Bagaimana menghadapinya?

http://www.isman9.com/2011/03/seminar-anak-soleh-anak-cemerlang/

Seminar satu hari ini menghidangkan dua ceramah dan satu forum:
Ceramah 1 – Peranan ibu bapa dalam menyediakan diri untuk pendidikan anak-anak semenjak anak-anak di dalam kandungan dan ketika kelahiran (Dr Murizah)
Ceramah 2 – Isu pemakanan untuk anak-anak (Puan Shazamawati)
Forum – Memahami psikologi anak-anak dan memahami teori pendidikan yang selari dengan syariat Islam. (Dr Nor Izam dan Ustazah Razidah)

Bilakah kita akan berubah?


Bismillahi walhamdulillah…

Dalam tulisan sebelum ini, saya menyentuh tentang perlunya orang yang dipertanggung jawabkan melaksanakan tugas masing-masing dengan berkesan. Tanpa mengira sama ada tugasan itu dipandang remeh, apatah lagi jika besar. Baru-baru ini saya menghadiri satu majlis meraikan seorang ketua jabatan yang berpindah tempat kerja. Hadirin dijadualkan tiba pada jam 8.00 malam, manakala yang diraikan dijadual tiba jam 8.30 malam. Sesampai sahaja, kelihatan salah seorang penganjur telah tiba sambil menelefon seseorang. Saya orang kedua, mana orang lain, bisik hati saya. Sempat juga saya berbual. Tidak lama kemudian, sampai beberapa orang lagi dan disusuli oleh tetamu yang lain. Jam 8.25, pembesar suara, LCD projector dan laptop belum sampai. Teruskan membaca

Berjasa kepada tanah


Bismillahi walhamdulillah.

Kesempatan cuti kali ini saya menjenguk tanah emak seluas satu ekar di Ayer Hitam. Ini kali kedua dalam tempoh empat bulan. Sebelum itu, hampir belasan tahun tidak dijenguk apatah lagi diusahakan. Emak tergerak untuk usahakan tanah tersebut, lebih-lebih lagi selepas ditegur oleh Tok Mat (MB) yang melawat kawasan tersebut tahun lepas; “orang ni tanam balak ko?” Faham-faham sahajalah macam mana belukarnya tanah tu! Kebetulan emak ada duit lebih sikit, bolehlah diusahakan. Teruskan membaca

Penakut dan kedekut


Bismillahi walhamdulillah

Sebelum ini saya ada menulis tentang penakut di bawah tajuk Penakut rupanya aku!. Kali ini akan saya gandingkan dengan kedekut.

Kedua-dua penyakit ini adalah antara penghalang kepada tertegaknya kebenaran di atas muka bumi. Orang yang penakut dan kedekut tidak dapat membeli syurga yang dijanjikan oleh Allah Taala.

Firman Allah yang bermaksud; sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang beriman jiwa dan harta dengan syurga. Orang yang penakut tidak akan mengorbankan nyawanya, begitu juga orang yang kedekut tidak akan mengorbankan hartanya. Maka, mana bisa orang yang penakut dan kedekut mampu membeli syurga yang ditawarkan oleh Allah. Teruskan membaca

%d bloggers like this: