Penakut dan kedekut

Bismillahi walhamdulillah

Sebelum ini saya ada menulis tentang penakut di bawah tajuk Penakut rupanya aku!. Kali ini akan saya gandingkan dengan kedekut.

Kedua-dua penyakit ini adalah antara penghalang kepada tertegaknya kebenaran di atas muka bumi. Orang yang penakut dan kedekut tidak dapat membeli syurga yang dijanjikan oleh Allah Taala.

Firman Allah yang bermaksud; sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang beriman jiwa dan harta dengan syurga. Orang yang penakut tidak akan mengorbankan nyawanya, begitu juga orang yang kedekut tidak akan mengorbankan hartanya. Maka, mana bisa orang yang penakut dan kedekut mampu membeli syurga yang ditawarkan oleh Allah.

Mengorban nyawa dan harta adalah antara bentuk ibadah atau taqarrub kepada Allah yang tinggi nilainya. Oleh itu, semua bentuk ibadah perlu dipanjatkan doa kepada Allah agar kita dapat melaksanakannya. Hanya Allah jua yang berkuasa memberi kita taufiq sehingga dapat kita mengabdikan diri kepadanya dengan sempurna.

Indahnya Islam, bukan sahaja kita diarahkan untuk mengabdikan diri kepada Allah, tetapi ditunjukkan cara untuk menjayakannya, iaitu berdoa. Lantaran itu antara doa yang nabi SAW ajarkan kepada kita ialah apa yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik;

اللهُمَّ إنِّى أعُوذُبِكَ مِن الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ

وَأَعُوُذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganmu dari lemah dan malas, pengecut, bakhil dan tua. Aku berlindung denganmu dari azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian. (Muslim)

Menurut Imam Nawawi, nabi SAW mohon berlindung daripada sifat takut dan kedekut kerana kedua-duanya akan membantutkan beberapa perkara seperti menunaikan kewajipan, menyempurnakan hak-hak Allah, menghapuskan kemungkaran dan berkeras dengan pelaku maksiat. Juga dengan keberanian dan kekuatan jiwa akan dapat menegakkan keadilan, membantu orang yang dizalimi dan terlaksananya jihad. Manakala bila selamat dari sifat bakhil, terlaksanalah hak-hak harta, terdorong untuk menafkahkan harta, bersifat pemurah, berakhlak mulia dan tidak tamakkan sesuatau yang bukan miliknya.

Mudah-mudahan Allah pelihara kita dan generasi kita, dari kedua-dua sifat ini…

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: