Berjasa kepada tanah

Bismillahi walhamdulillah.

Kesempatan cuti kali ini saya menjenguk tanah emak seluas satu ekar di Ayer Hitam. Ini kali kedua dalam tempoh empat bulan. Sebelum itu, hampir belasan tahun tidak dijenguk apatah lagi diusahakan. Emak tergerak untuk usahakan tanah tersebut, lebih-lebih lagi selepas ditegur oleh Tok Mat (MB) yang melawat kawasan tersebut tahun lepas; “orang ni tanam balak ko?” Faham-faham sahajalah macam mana belukarnya tanah tu! Kebetulan emak ada duit lebih sikit, bolehlah diusahakan.

Alhamdulillah, walaupun ayah dah tak ada, dengan berpindahnya saya ke Seremban, sambil-sambil balik ziarah emak, bolehlah saya jenguk tanah tu. Saya tak nak jadi orang yang tak ada tanah, mintak tanah. Tapi bila dah dapat dibiarkan! Persoalan sekarang, nak tanam apa? Getah, sawit atau buah-buahan.  emak lebih cenderung untuk tanam getah, dapat hasil katanya. Saya lebih berminat tanam buah-buahan, ada hasil juga dan boleh jadi tempat adik-adik beradik bercuti (konon!).

Arwah atuk pernah berkata; tak payahlah tanam buah. Tak meraso doh. Habih dek koro yo! Cakap dia tu ada betulnya. Tapi, itu tidak melupakan saya kepada hadis nabi yang mafhumnya; Tidak ada seorang muslimpun yang menyiram atau menanam suatu tanaman kemudian dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan semuanya itu akan dicatat sebagai sedekah.

Yang penting, selesaikan dulu kayu-kayu dan tunggul yang membukit tu… Lepas tu baru baru cerita nak tanam apa.

Semoga Allah permudahkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: