Bilakah kita akan berubah?

Bismillahi walhamdulillah…

Dalam tulisan sebelum ini, saya menyentuh tentang perlunya orang yang dipertanggung jawabkan melaksanakan tugas masing-masing dengan berkesan. Tanpa mengira sama ada tugasan itu dipandang remeh, apatah lagi jika besar. Baru-baru ini saya menghadiri satu majlis meraikan seorang ketua jabatan yang berpindah tempat kerja. Hadirin dijadualkan tiba pada jam 8.00 malam, manakala yang diraikan dijadual tiba jam 8.30 malam. Sesampai sahaja, kelihatan salah seorang penganjur telah tiba sambil menelefon seseorang. Saya orang kedua, mana orang lain, bisik hati saya. Sempat juga saya berbual. Tidak lama kemudian, sampai beberapa orang lagi dan disusuli oleh tetamu yang lain. Jam 8.25, pembesar suara, LCD projector dan laptop belum sampai. Sedangkan yang dirai sudah sampai tepat jam 8.30! Tiba-tiba kelihatan salah seorang penganjur bergegas membawa wire mikrofon dan pembesar suara, manakala seorang lagi membawa projector. “Test, test. Uji suara,” sambil seorang lagi memasang projector. Semua aksi ini diperhatikan hadirin yang telah memenuhi dewan. Kira-kira jam 8.50 majlis bermula, tanpa backdrop.

Memanglah acara ini tidak dibuat di hotel yang berbintang-bintang, cuma restoran di taman perumahan. Tidak juga untuk meraikan seorang menteri yang bersara, cuma seorang ketua yang dikenal lama. Tidak juga hadirinnya dari kalangan VIP, cuma rakyat biasa-biasa saja. Tempat, siapa dirai dan siapa yang hadir bukan isunya. Isunya adalah, adakah ini budaya kita bila menganjurkan majlis? Hadir lewat daripada tetamu yang diraikan. Tidak membuat persiapan awal supaya majlis berjalan lancar. Alasan yang diberi ialah jauh dan jalan sesak.

Kalaulah saya menjadi orang yang dirai, pasti saya akan berkecil hati. Macam ni kau orang buat kat aku! Kalau nak rai, railah betul-betul.

Wassalam.

Satu Respons

  1. Budaya kerja sekarang- jika tidak ada org besar atau tidak dapat nama maka acuh tak acuh aje kerja dihasilkan…janji buat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: