Kuliah dengan buku baru

Bismillahi walhamdulillah.

25 Mac, Jumaat: Lebih dua tahun saya menyampaikan kuliah di Surau Al-Hidayah menggunakan kitab Hadis 40 (dah tamat), disambung dengan beberapa hadis pilihan. Payah juga saya nak cari kitab yang sesuai untuk saya kongsikan dengan jamaah surau tersebut. Nak paksa ‘anak murid’ beli buku, tak sampai hati. Maka pada tahun ini, saya bekalkan mereka dengan hadis dan terjemahannya. Sempatlah beberapa hadis saya sediakan. Sekurang-kurangnya bila saya bersyarah, mereka boleh rujuk hadis tersebut. Bila balik ke rumah boleh dikongsi dengan ahli keluarga. Ikut pandai masing-masing. Saya dah sampaikan…

Petang tadi saya tergerak untuk membaca buku karangan Ustaz Hazizi yang dah lebih sebulan dibeli: Prinsip Hidup Muslim Sejati. Nampaknya buku tersebut sesuai untuk dikuliahkan, ditambah dengan thiqah saya kepada pengarangnya. Alhamdulillah, malam tadi saya sudah jadikan sebagai bahan kuliah menggantikan siri kuliah hadis sebelum ini. Saya jangkakan boleh tamat dalam sepuluh kali kuliah. Lebih penting, mereka ada kitab untuk ditatap semasa sesi pengajian, dan boleh jadi bahan bacaan keluarga di rumah.

Kepada jiran-jiran sekitar Surau Al-Hidayah, dijemput datang untuk kita manfaatkan masa antara Maghrib dan Isyak menggunakan kitab tersebut. Boleh dapatkan kitab dari saya, dengan harga RM15.00 sahaja. Dari jumlah tersebut, RM3.00 akan disumbangkan kepada projek pembinaan sebuah wakaf sebagai Pusat Kegiatan Aktiviti warga Vila Suria. Setakat ni dah 5 unit terjual, Alhamdulillah dapat RM15.00!

Apa kelas derma RM2?

Menyentuh tentang sumbangan, saya rasakan ramai yang beranggapan mestilah hulur RM50 ke atas. Tak main la dua tiga ringgit! Akhirnya langsung tak menyumbang. Ini ditunjukkan oleh ‘respon yang kurang memberangsangkan’ setiap kali surat kutipan diedar. Memang kutipannya mencecah seribu ringgit, tapi hanyalah dari beberapa orang dan duit yang dihulur sama ada RM50 atau RM10. Hampir tak ada yang bagi RM5, RM2 atau RM1. Malu agaknya! Anggapan ini perlu diubah. Keikhlasan kita akan dinilai Allah, bukan amaun. Ganjaran Allah yang kita harapkan, bukan sanjungan manusia atau elak kejian mereka.

Dalam pada itu, kalau nak menyumbang bank-ini dalam Bank Islam, 05-012-01-007435-7 atas nama JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU VILA SURIA! Syukran.

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: