Forum Perdana: Mari Sepakat, Pasti ISLAM Berdaulat


Nasihat: Antara kaedah dan pelaksanaan.


Bismillahi walhamdulillah.

Tulisan kali ini adalah sambungan kepada tajuk nasihat sebelum ini iaitu, Jika sayang, berilah nasihat.

Setiap matlamat yang besar perlu dilaksanakan mengikut kaedah yang sesuai, agar matlamat tercapai dengan sempurna. Sebab itu pelbagai teori atau kaedah dikemukakan, kertas kerja dibentang dan diteliti sebelum sesuatu aktiviti dilaksana. Saya ingin mengambil contoh ringkas yang tak perlukan kerta kerjapun, nasihat. Teruskan membaca

Kaki surau, tapi celupar!


Bismillahi walhamdulillah…

Satu soalan diajukan sebagai mengakhiri kuliah saya malam tadi, “ustaz, macam mana dengan orang yang rajin datang surau, tapi lidah dia tajam? Bukan orang surau ni la, tempat lain.” Saya mulakan jawapan dengan, “terima kasih tuan haji. Kalau orang surau ni pun apa salahnya…” Berikut adalah jawapan saya dengan sedikit tambahan.

Pertama, janganlah kerana satu kesalahan dilakukan seseorang memadamkan kebaikan-kebaikannya yang lain. Kita perlu berlaku adil, timbanglah kebaikan dan kejahatannya bersama. Jangan lihat pada yang jahat itu sahaja. Jika kita fokus kepada kejahatan, kita akan lupakan unsur-unsur kebaikan yang ada pada dirinya lantas membentuk satu sikap negatif. Tapi janganlah sampai dilupakan langsung kejahatan tadi sehingga kita seolah-olah merelakannya dan tidak berusaha membaiki. Teruskan membaca

Jika sayang, berilah nasihat.


Bismillahi walhamdulillah.

Dalam kitab Riyadhus Solihin, bab nasihat, Imam Nawawi menghimpunkan beberapa ayat dan hadis berkaitan nasihat.  Ayat yang dikemukakan pada awal bab ialah

ِإنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَة

Maksudnya: “Sebenarnya orang-orang beriman itu bersaudara…” (Al-Hujurat:10)

الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ

Maksudnya: “Agama itu adalah nasihat. Kami bertanya, untuk siapa? Untuk Allah, kitabnya, rasulnya, para pemimpin kaum muslimin dan seluruh umat Islam.” (Muslim)
Teruskan membaca

Ke mana perginya ustaz-ustaz kita?


Bismillahi walhamdulillah…

Nampaknya surau kita ni, sorang demi sorang ustaz tarik diri dari mengajar…” Demikianlah keluhan seorang ustaz memulakan kuliahnya, menggantikan ustaz yang tidak dapat hadir. Kalau ustaz jemputan dari luar, kita bagi bayaran. Tapi ustaz kampung, tidak. Kadang-kadang terlintas juga di hati… tambahnya lagi. Oleh kerana ada janji dengan kontraktor wiring, tak dapat saya dengar sampai habis mukaddimah tu, apatah lagi kuliahnya…

Saya sendiri ada mengundur diri dari memberi kuliah subuh hujung minggu, atas sebab yang tidak saya nyatakan. Ada juga tidak meneruskan kuliah di surau berhampiran rumah. Pernah juga diberhentikan dari memberi kuliah di masjid. Mengapa ustaz-ustaz mengundur diri dari mengajar dari sesebuah surau atau ‘diundurkan’? Adakah mereka memang sibuk, tidak sempat atau merajuk. Atau mungkin mereka diketepikan oleh pihak surau sendiri, kerana tak perform, kurang power, bosan dan tidak menarik dsb. Teruskan membaca

%d bloggers like this: