Ke mana perginya ustaz-ustaz kita?

Bismillahi walhamdulillah…

Nampaknya surau kita ni, sorang demi sorang ustaz tarik diri dari mengajar…” Demikianlah keluhan seorang ustaz memulakan kuliahnya, menggantikan ustaz yang tidak dapat hadir. Kalau ustaz jemputan dari luar, kita bagi bayaran. Tapi ustaz kampung, tidak. Kadang-kadang terlintas juga di hati… tambahnya lagi. Oleh kerana ada janji dengan kontraktor wiring, tak dapat saya dengar sampai habis mukaddimah tu, apatah lagi kuliahnya…

Saya sendiri ada mengundur diri dari memberi kuliah subuh hujung minggu, atas sebab yang tidak saya nyatakan. Ada juga tidak meneruskan kuliah di surau berhampiran rumah. Pernah juga diberhentikan dari memberi kuliah di masjid. Mengapa ustaz-ustaz mengundur diri dari mengajar dari sesebuah surau atau ‘diundurkan’? Adakah mereka memang sibuk, tidak sempat atau merajuk. Atau mungkin mereka diketepikan oleh pihak surau sendiri, kerana tak perform, kurang power, bosan dan tidak menarik dsb.

Berdasarkan pengalaman saya, perkara-perkara di bawah adalah antara sebab seseorang ustaz itu tidak lagi menyampaikan kuliah di sesebuah surau atau masjid.

  1. Tidak dapat hadir secara konsisten menyampaikan kuliah, sama ada atas sebab kesihatan, kesibukan tugas, selalu out station atau sebagainya. Adalah kurang manis jika seorang ustaz membuat anak murid ternanti-nanti- sekejap ada, sekejap tak ada.
  2. Gagal mematuhi jadual giliran memberi kuliah. Sama ada ustaz tu selalu lupa, atau setia usaha surau gagal mengingatkan, atau bertembung dengan ustaz lain yang silap jadual. Ada ustaz yang bertembung jadual- tak tau salah siapa- terus merajuk dan tak datang lagi.
  3. Sikap anak murid yang hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula aje ramai, lepas beberapa minggu, tinggal beberapa kerat. Sedangkan si ustaz bukan calang-calang orang, bahkan penerima Anugerah Maal Hijrah peringkat negeri lagi! Daripada ilmunya disambut dingin dan usahanya tidak dihargai, lebih baik dia berkuliah di tempat lain yang lebih memerlukan.
  4. Kuliah terlalu power dan berapi sehingga ada anak murid yang tension dan berasap atau sebaliknya. Selagi ada peminatnya dan tidak ada yang komplen kepada jabatan agama, ustaz tu boleh bertahan. Sebaliknya, kalau ustaz tu terlalu slow, tiada komunikasi dan membosankan, nasib yang sama akan menimpa.
  5. Pertembungan pendapat dengan ustaz lain dan masing-masing ada pengikut. Sesiapa sahaja yang menyampaikan kebenaran berharap pendapatnya diterima. Teorinya, kita perlu berlapang dada bila ada perbezaan pendapat, terutama dalam hal-hal cabang. Tapi ragam manusia ni macam-macam, ada yang suka melaga-lagakan antara para ustaz dan ada yang buat group untuk menyokong sesuatu pendapat. Akhirnya, ustaz yang kurang penyokong akan mengalah dan mengundur diri.

Wallahu a’lam. (Bersambung, insya Allah)

2 Respons

  1. mgkin alasannya:
    1. sbb ahli jamaah merokok, sdgkan dia kata rokok tu haram
    2. sbb surau tak bg apa2 pd dia, kat surau lain org ada bagi
    3. ket warisan puteri jemaah tak ramai, tempat lain ramai
    4. ustaz dah pindah
    5. terlalu sibuk di surau lain dll…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: