Kaki surau, tapi celupar!

Bismillahi walhamdulillah…

Satu soalan diajukan sebagai mengakhiri kuliah saya malam tadi, “ustaz, macam mana dengan orang yang rajin datang surau, tapi lidah dia tajam? Bukan orang surau ni la, tempat lain.” Saya mulakan jawapan dengan, “terima kasih tuan haji. Kalau orang surau ni pun apa salahnya…” Berikut adalah jawapan saya dengan sedikit tambahan.

Pertama, janganlah kerana satu kesalahan dilakukan seseorang memadamkan kebaikan-kebaikannya yang lain. Kita perlu berlaku adil, timbanglah kebaikan dan kejahatannya bersama. Jangan lihat pada yang jahat itu sahaja. Jika kita fokus kepada kejahatan, kita akan lupakan unsur-unsur kebaikan yang ada pada dirinya lantas membentuk satu sikap negatif. Tapi janganlah sampai dilupakan langsung kejahatan tadi sehingga kita seolah-olah merelakannya dan tidak berusaha membaiki.

Kedua, sebelum kita menilai orang lain, nilailah diri sendiri. Kesalahan mungkin ada pada pihak kita juga. Kerana bila kita mendengar kata-kata yang keluar dari orang yang celupar tadi, apa respon kita? Adakah kita menegur atau membiarkan? Lebih malang, jika kita turut sama menambah dan menyokong keceluparannya tadi. Apatah lagi jika yang mendengar itu dari kalangan kaki surau dan di lakukan di perkarangan surau. Apabila tiada yang menegur, seseorang itu tidak akan sedar kesalahannya dan rasa dia berada di landasan yang betul kerana mendapat sokongan.

Ketiga, yang salah tetap akan mendapat balasan dari Allah. Sebagaimana kisah seorang wanita pada zaman nabi yang rajin menghidupkan malam, tapi lidahnya sering menyakiti jiran. Kata nabi, dia dalam neraka, sebagai balasan terhadap lidahnya tadi. Sebab itu, jika amar makruf digandingkan dengan nahi mungkar, maka buat ibadah disekalikan dengan tinggal maksiat. Supaya kita bukan sahaja masuk syurga, tapi terselamat dari neraka. Doa kita sentiasa, “Ya Allah, kami pohon redha dan syurga mu, kami berlindung dari kemurkaan dan neraka mu.”

Keempat, setakat berulang alek ke surau bukanlah beenteng menyelamatkan seseorang dari melakukan maksiat. Tidak dinafi, rajin ke surau itu amal soleh. Cuma perlu diperhalusi, kenapa kita buat demikian. Pastilah untuk dapat pahala dan keredhaan Allah Taala. Berpeganglah pada prinsip untuk dapat redha Ilahi tersebut dan bawalah ke mana-mana dalam hidup seharian. Nescaya, bila nak bercakap, kita akan muhasabah; adakah kata-kata aku ini Allah redha? Sebagaimana redhanya Allah bila aku berulang alek ke surau. Jika tidak, tinggalkanlah.

Kelima, itulah namanya manusia yang tidak sunyi dari salah dan silap. Bila sebut manusia, termasuklah saya dan orang yang membaca ni. Betul tak? Berbahagialah jika ada orang yang sudi menegur kita sebelum kita terlajak lebih jauh.

Wallahu a’lam. Wassalam…

Satu Respons

  1. salam ustaz.

    perkongsian yang membuka dan mencerahkan minda.kita kerap memandang setitik nila yang meyebabkan rosak susu sebelanga..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: