Nasihat: Antara kaedah dan pelaksanaan.

Bismillahi walhamdulillah.

Tulisan kali ini adalah sambungan kepada tajuk nasihat sebelum ini iaitu, Jika sayang, berilah nasihat.

Setiap matlamat yang besar perlu dilaksanakan mengikut kaedah yang sesuai, agar matlamat tercapai dengan sempurna. Sebab itu pelbagai teori atau kaedah dikemukakan, kertas kerja dibentang dan diteliti sebelum sesuatu aktiviti dilaksana. Saya ingin mengambil contoh ringkas yang tak perlukan kerta kerjapun, nasihat.

Semua orang tahu, kalau nak beri nasihat;

  1. Ikhlaskan  niat; kerana nasihat adalah ibadah dan setiap ibadah mesti ikhlas untuk Allah Taala, hendakkan kebaikan semata-mata.
  2. Susun ayat dengan baik; supaya tidak disalah tafsirkan oleh orang yang dinasihati. Jangan anggap orang terus faham, seperti yang kita fahami. Pilih perkataan dan ayat yang sesuai lagi tepat maknanya.
  3. Cari suasana yang sesuai; supaya mudah diterima. Elakkan beri nasihat ketika dia sedang kepenatan, pulang dari kerja atau dalam suasana yang bising
  4. Pilih orang yang lebih layak; seperti orang yang dia segani, lebih tua dan tidak menghadapi masalah yang sama.
  5. Elakkan di khalayak ramai; kerana ini akan memalukan. Jika secara bersemuka akan rasa dihormati dan lebih memberi kesan.
Namun apa yang kita perhatikan, kerana terlalu menjaga adab-adab di atas nasihat yang sepatutnya diberi tidak terlaksana. Saya terfikir, ada kalanya bagus juga kalau buat sesuatu tanpa meraikan adab dan kaedah, yang penting aktiviti terlaksana dan matlamat tercapai. Kita sendiri mungkin pernah menangguhkan nasihat kerana meraikan kaedah atau adab di atas. Tangguh punya tangguh, akhirnya tak buatpun! Berbanding dengan orang lain, yang tidak berfikir terlalu panjang, terus ‘sound‘ dan orang yang dinasihati itu terus berubah!
Persimpangan
Ada orang yang suka menilai dari jauh dan membuat komen terhadap tindakan atau nasihat oleh orang lain. Antaranya; “Kenapa la dia cakap macam tu, cakap lembut-lembut tak boleh ke?” Atau, “ada ke patut dia ‘sound’ orang tu depan orang ramai, tak ada adab langsung!” Atau, “kalau nak berdakwah tu, ikut la sunnah nabi…” dan sebagainya. Tapi sayang, orang yang berpegang dengan kaedah cakap lembut, beradab dan ikut sunnah ni tak pernah pula dia menasihatkan orang lain.
Maka, siapa lebih baik? Orang yang memberi nasihat tak ikut kaedah, atau orang yang tidak memberi nasihat kerana terlalu berpegang dengan kaedah? Sekurang-kurangnya orang pertama telah menjalankan tugasnya, walaupun ada kekurangan. Berbanding orang kedua yang terlalu berkira sehingga tiada apa yang dibuatnya.  Sama-sama kita renungkan…
Wallahu a’lam.

Satu Respons

  1. tahniah, sy banyak dapat ilmu dari tulisan ustaz, moga ustaz terus diberi ilmu untuk disebarkan , ilmu ini lebih indah jika dapat diserap dijiwa anak-anak dan lebih-lebih lagi rakan sekerja smra rantau . moga terus berjaya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: