Sambutan Hari Guru SMRA Rantau 2011


16 Mei, sekolah saya turut mengadakan sambutan Hari Guru anjuran bersama Kelab Staf, PIBG dan Badan Pengawas. Selain ucapan dan penyampaian hadiah kepada guru-guru, sambutan turut diserikan dengan persembahan murid-murid dan sukaneka atau permainan. Antara kelainan tahun ini ialah tayangan ‘drama’ terbitan murid 3 Shafie. Terima kasih kepada semua yang meraikan kami, warga guru. Teruskan membaca

Selamat Hari Guru 2011


16 Mei setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Guru khusus untuk menghargai jasa guru.

Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. (Wikipedia) Teruskan membaca

Pengkuliah dan bayaran kuliah


Sebelum surat ini ditanggalkan, saya snap dulu...

Bismillahi walhamdulillah

Selesai menyampaikan kuliah, saya sempat membaca sehelai surat tanpa nama pengirim yang ditampalkan di white board. Nampaknya surat tu ditujukan kepada Pengerusi dan Bendahari tentang bayaran kepada pengkuliah di surau. Memandangkan dah lama saya tak ke surau, sejak surau sementara Vila Suria mula beroperasi. Rumusan saya, surat itu dari salah seorang jamaah surau yang kurang puas hati kerana pihak surau hanya memberi bayaran kepada seorang pengkuliah, berbanding beberapa pengkuliah lain. Sebagai salah seorang ahli jamaah surau dan turut menyampaikan kuliah di surau tersebut, saya terpanggil untuk memberi komen, berdasarkan pengalaman dan pengamatan. Teruskan membaca

Biarkan anak-anak kita makan aiskrim dan cokelat banyak-banyak!


Bismillahi walhamdulillah.

Pada Khamis lepas saya membawa Faiz ke klinik gigi kerana gusinya bengkak. Kemudian pada hari Jumaat, saya pula berjumpa doktor kerana masalah yang sama. Antara nasihat yang diberi oleh doktor tersebut ialah berilah anak-anak kita hak mereka sesuai dengan umur yang sedang mereka lalui. Maksudnya, jika kanak-kanak suka makan aiskrim, bagi. Kalau suka makan cokelat, bagi. Jangan dihalang, kerana memang dah zaman mereka.  Sebab itu kalau orang tua suka makan aiskrim dan cokelat, orang akan kata macam budak-budak pula. Teruskan membaca

Kejohanan Merentas Desa 2011 SMRA Rantau


Tarikh: 27 April 2011 (Rabu)

%d bloggers like this: