Biarkan anak-anak kita makan aiskrim dan cokelat banyak-banyak!

Bismillahi walhamdulillah.

Pada Khamis lepas saya membawa Faiz ke klinik gigi kerana gusinya bengkak. Kemudian pada hari Jumaat, saya pula berjumpa doktor kerana masalah yang sama. Antara nasihat yang diberi oleh doktor tersebut ialah berilah anak-anak kita hak mereka sesuai dengan umur yang sedang mereka lalui. Maksudnya, jika kanak-kanak suka makan aiskrim, bagi. Kalau suka makan cokelat, bagi. Jangan dihalang, kerana memang dah zaman mereka.  Sebab itu kalau orang tua suka makan aiskrim dan cokelat, orang akan kata macam budak-budak pula.

Nasihat dan disiplin

Cuma, janganlah dibiarkan mereka begitu sahaja. Ingatkan mereka, boleh makan aiskrim dan cokelat. Tapi, lepas itu jangan lupa gosok gigi. Jika mereka boleh didisiplinkan, Insya Allah selamat dari masalah gigi. Kurang jumpa doktor dan… jimat duit!

Tips

Kalau makan aiskrim atau cokelat itu banyak-banyak dalam satu masa, lagi bagus. Berbanding jika makan sedikit tetapi kerap. Sebab bila dah makan banyak sekali hadap, akan mudah rasa jemu dan lepas itu tidak minta lagi. Juga, lebih mudah untuk gosok gigi sekali berbanding berkali-kali.

Terima kasih doktor.

Wassalam.

Satu Respons

  1. budak2 skrg ni suke makan coklat byk2…dulu2 tak kot…hehe…
    btw,nice post🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: